Emmm... apa pun nak gak lah berkongsi dengan kawan-kawan semua. Apa itu light painting? Beikut sedikit penjelasannya.Light painting atau Light grafitti adalah sebuah teknik fotografi dimana pengambilan gambarnya dilakukan lebih sering pada malam hari atau pada sebuah ruangan gelap menggunakan hand-held light atau memegang sumber cahaya atau dengan kamera yang digerakkan.
Bagaimana untuk menghasilkan Light Painting ( Kawan gunakan istilah paling senang)
Peralatan yg perlu untuk menghasilkan light painting:
1. Kamera DSLR
2. Tripod
3. Lampu suluh
4. Kawasan yg gelap (atau kurang cahaya)
5. Remote shutter (klu takde, guna self timer je mcm percubaan aku di atas)
Teknik menghasilkan light painting:
1. Setkan kamera anda pada mode M (manual)
2. Pilih shutter speed sekurang-kurangnya 10 saat
3. Setkan bukaan aperture pada bukaan yg terbesar mungkin pada kamera anda (cth: f/3.5)
4. Pilih ISO yg terendah sekali (ISO 100)
5. White balance pula disetkan pada daylight
6. Setkan self timer (kerana anda tidak akan menyentuh butang shutter utk mengelakkan kamera goyang)
7. Tekan shutter dan terus ke hadapan kamera dan memulakan light painting mengikut kesukaan anda (pastikan anda ON lampu suluh anda utk light painting dan OFF utk mendapatkan space)
8. Setelah selesai, tunggu sehingga shutter tertutup dan kemudian lihatlah hasilnya..
selamat mencuba...
Walau apa pun di dalam genre (LP) ini di galakkan supaya keluar beramai-ramai bukan apa duduk tempat gelap dengan peralatan yang mahal-mahal kena sergah dek orang nanti naya je kan ... Sama-sama kita majukan diri dalam dunia ini. (^_^)
sudah ada blog lah kawan kita nie...Tahniah Bayu..Jom Kita main LP sekali
ReplyDeletehttp://lightpainting86.blogspot.com/
SAHABAT MINTAK TUNJUK AJAR YE ... CUBA CUBA
ReplyDelete