Jam menunjukkan 4.40 pagi. Seperti biasa peneman setia ku dikala ini ada di tapak tangan ku. Apa lagi tak lain dan tak bukan remote control. Abis semua channel kawan tukar. Walaupun hari ni sang Astro dengan baik hati on semua channel percuma katanya. Tengok Almeria vs Real Madrid, ayam sangat sang Almeria ni. Lalu capai je la ipad ni untuk borak kosong dalam ni.
Sekali sekala sang kecik sebelah kawan ni merengek sendirian. Mengigau agaknya, tah apa yang di ngigaukan tu pun kawan dok tahu. Tak cukup dengan rengekkan dia tu kaki tangan tepat kena muka dengan perut kawan ni, sabor je la.
Hakikatnya kawan ni kalau time cuti-cuti hari minggu ni memang susah nak tido malam. Terasa macam sayang jer nak abiskan hari ni dan tak sanggup nak melihat hari menjadi siang. Tapi apa kan daya dah menjadi lumrah alam yang malam mesti bertukar menjadi siang dan yang siang pasti akan bertukar menjadi malam. Nak tak nak semua insan atas dunia ni kena terima perubahan alam ni.
Tapi kalau tak tido padah kawan esok ni. Sebab esok banyak program yang kawan kena selesaikan. Program rasmi, program tak rasmi malah program separuh rasmi pun memenuhi dairi perjalanan hidup kawan pada pagi karang.
Kan best kalau kawan jadi macam sang isteri yang sedang nyenyak tidur dan sang anak ku yang lena diulit mimpi ni. Oh mata ku oh mindaku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Gadis Bertudung Singkat
Setiap hari semasa waktu rehat tempat aku menjamu selera tidak lain dan tidak bukan di bawah pokok beringin yang sentiasa ditemani oleh...


-
Setiap hari semasa waktu rehat tempat aku menjamu selera tidak lain dan tidak bukan di bawah pokok beringin yang sentiasa ditemani oleh...
-
Setiap tahun pastinya setiap insan akan melompat-lompat untuk menyambut perayaan yang boleh dikatakan terbesar di dalam kalend...
-
Sepatutnya 18 Mac 2020 yang lalu aku telah mula mengarang sesuatu yang cukup luar biasa berlaku di Malaysia bahkan di seantero d...

No comments:
Post a Comment