Sunday, August 17, 2014

Family Day Tekun Pahang

Rasanya sebulan aku tak jenguk sang sperma berhabuk nasib baik tak bersawang. Sejak kebelakangan ni malas nak menaip walhal banyak benda nak dicoretkan dalam ni. Tapi hari ini aku berjaya juga untuk mencuci habuk-habuk yang berkeliaran dalam sang sperma ni. 

Hari ni 16 Ogos 2014 bersamaan hari Sabtu. Pejabat isteri aku buat hari keluarga dekat Selesa Hillhomes, Bukit Tinggi, Bentong. Selama aku duduk kat Pahang ni tak pernah lagi aku pergi tempat tu. Walaubagaimana pun mood aku tak ok dari semalam sebab sampin yang aku beli raya tahun ni hilang tah kemana. Puas aku dengan isteri cari tak juga jumpa. Dah la sampin tu sampin yang mahal pernah aku beli. Mungkin dah tak ada rezeki nak buat macam mana kan.

Aku sampai di Selesa Hillhomes jam 2.00 petang. Bagi yang dah bekeluarga dapat 1 apartment not bad la apartment dia. Bagi yang datang nak tambah anak dialu-alukan hehehe. Sampai jer aku tak lah terlalu fanatik sebab bukan jiwa aku tempat macam ni. Satu gambar pun tak dapat aku rakamkan. Tetapi kalau nak dibandingkan dengan pejabat aku ianya more better. 

Jam 3.00 petang acara dah bermula dengan sukaneka. Pelbagai telatah riang gembira terpancar dari wajah semua kakitangan dan ahli keluarga Tekun Pahang. Tidak ketinggalan acara untuk kanak-kanak. Kali ini Afi Darwisy tak ketinggalan untuk menyertai. Aku dan isteri membiarkan sahaja sang kecil beraksi nak tengok akal dia macam mana. Yang paling aku dan isteri tak tahan nak ketawa adalah acara lumba lari cari kasut sendiri. Padahal sang kecik dah laju dah lari menuju ke kasut Puma biru dia sampai jer di kawasan yang dilonggokkan kasut dia ketinggalan sebab kena tolak dengan orang lain dan dia biarkan jer heheheh. Baik hati sangat sang kecik ni. 

Lagi satu acara yang aku dan isteri tak tahan nak ketawa adalah acara rebut gula-gula. Lari punya lari dah ambik banyak-banyak sang kecik lari ke arah aku adussss dah bagi semua gula-gula yang diambil sang kecik lari lagi tapi dah abis. Apa-apa pun aku bangga dengan sang kecik sebab pandai bawak diri.

Belah malam seperti biasa acara penyampaian hadiah, persembahan kumpulan dan santapan hari raya. Masa persembahan pertama kali aku tengok isteriku menari zapin boleh tahan hehehehe. 

Begitulah meriahnya suasana Hari keluarga Tekun Pahang. Kalau lah pejabat aku boleh buat hari keluarga macam ni kan best tapi rasanya macam tak lah hehehe. Ok lah mata dah ngantuk, suasana sunyi dan sejuk membuatkan mata aku layu. Selamat malam semua.



No comments:

Post a Comment

Gadis Bertudung Singkat

Setiap hari semasa waktu rehat tempat aku menjamu selera tidak lain dan tidak bukan di bawah pokok beringin yang sentiasa ditemani oleh...