Monday, August 15, 2016

Masih Ada Yang Sayang


Masih ada yang sayang. Apa sahaja yang berlaku ke atas pasukan kesayangan mereka tetap hadir dengan gelak ketawa dan menyarungkan jersi kebanggaan tidak kira hitam putih atau kuning biru. Apa sahaja yang mereka lakukan adalah kerana tanda cinta dan taat setia mereka kepada pasukan kebanggaan mereka. Sememangnya ada pasang surut di dalam sesuatu kehidupan, tetapi pasang surut itu bukanlah dari ciptaan yang maha esa seperti pasang dan surutnya air dilautan. Tetapi pasang surut dunia sukan hari ini adalah ciptaan manusia yang boleh diejust bila surutnya dan bila pasangnya. Jika difikirkan dari konteks tersurat dan tersirat apa yang mereka dapat daripada hadir ke stadium. Permainan yang dipamerkan, keputusan yang diperolehi dan apa yang berlaku mereka tetap akan keluarkan sesuatu daripada poket mereka. Tidakkah ada sedikit perasaan terhadap mereka? Peluang masih ada walaupun sedikit terlewat. Tiada yang mustahil. Dimana ada kemahuan disitu ada jalan.

 


No comments:

Post a Comment

Gadis Bertudung Singkat

Setiap hari semasa waktu rehat tempat aku menjamu selera tidak lain dan tidak bukan di bawah pokok beringin yang sentiasa ditemani oleh...