Thursday, November 9, 2017

Bicara Sebuah Kehidupan


Berbicara masalah hakikat sebuah kehidupan sebenarnya panjang dan sangat terperinci. Namun secara ringkas, hakikat hidup boleh diungkapkan  dari kata-kata Ali bin Abi Thalib. 

“Awal kehidupan adalah tangisan, pertengahannya adalah ujian dan ujungnya adalah kefanaan”. 

Ketika kita lahir kita menangis, dan tangisan itu akan menjadi warna kehidupan. Saat kita bersedih dan juga bahagia terkadang ditandai dengan tangisan.

Dalam perjalanan hidup ini tidak ada orang yang tidak mendapat ujian walaupun kadarnya berbeza namun ujian itu pasti ada. Semua yang ada dalam genggaman kita pada dasarnya hanya aksesori dan perhiasan. Kalau sudah selesailah semua, giliran pintu kematian yang akan dirasakan seluruh umat manusia.

Di dalam konteks ini perwira-perwira yang kita sanjung, yang kita caci dan maki di atas padang hijau turut terpaksa menerima hakikat kehidupan yang secerah mentari yang mewarnai kehidupan atau pun segelap sang malam yang ditemani ribut dan badai. 

Mereka datang dan pergi mengikut aturan kehidupan yang telah tertulis di dalam kamus penitian mencari sinar kebahagian.  Bergantung nasib di atas persembahan yang ditunjukkan dan rezeki yang mendatang. Apapun jangan tersalah dalam mentafsirkan rezeki Allah. Belum tentu yang diluaskan rezekinya itu dimuliakan dan belum tentu juga disempitkan rezeki itu adalah tanda kehinaan.


Terima kasih kepada mereka yang telah menabur bakti. Sukranyazillan kepada kalian yang membasahi bumi pertiwi Pahang Darul Makmur dengan titisan peluh yang mengalir laju. Thank you kepada sahabat yang melangkah ke padang demi lencana di dada kiri. Ada rezeki kita ketemu lagi. Ada masa kita bergelak ketawa dan bersenda gurau bersama. Bawalah langkah kaki kalian ke destinasi yang baru dengan penuh keazaman demi sesuap nasi buat anak dan isteri kerana inilah punca rezeki sebagai amanah kita terhadap mereka. 

No comments:

Post a Comment

Gadis Bertudung Singkat

Setiap hari semasa waktu rehat tempat aku menjamu selera tidak lain dan tidak bukan di bawah pokok beringin yang sentiasa ditemani oleh...