Thursday, October 18, 2018

Tekanan Itu Sebuah Kehidupan



Kehidupan penuh dengan pelbagai perkara sama ada baik atau buruk, positif atau negatif. Itu semua merupakan asam garam kehidupan. Tanpa tekanan kehidupan kita pasti tidak bermakna. Ramai orang yang cuba untuk tidak meletakkan diri mereka dalam keadaan tertekan. Tekanan tidak diminta kerana ia datang tanpa diundang. Tekanan boleh mematangkan pemikiran yang pasti mencetus tindakan yang akan mewarnai kehidupan dijadikan sebagai pengalaman.

Di dalam konteks Islam, tekanan ataupun boleh dikatakan kesenangan dan kesusahan merupakan ujian Allah yang semata – mata untuk menguji ketakwaan hambaNya.
Hakikatnya, tekanan adalah perkara lumrah selagi kita bergelar manusia. Ujian yang mendatang sama ada dalam bentuk yang kita suka atau sebaliknya ada kalanya menjadikan seseorang itu lebih kuat atau jika tidak ditangani dengan baik mungkin sesuatu yang lebih mudarat boleh berlaku. Ini semua bergantung kepada individu itu bagaimana penerimaannya. Tekanan boleh membantu atau mungkin juga memberi kemudaratan dalam kehidupan. Itulah realiti kehidupan apabila berkata tentang tekanan.

No comments:

Post a Comment

Kisah Keletihan

K adang-kadang terasa letih yang amat sangat. Keletihan yang hadir membuatkan minda terus menerus memikir bagaikan tiada tanda noktah. Serin...