Wednesday, October 31, 2018

Kembara Krew


Apabila fail putih setebal seinci setengah ada atas meja dan tercatit jawatan aku di atas nya aku sedikit mengeluh. Sesuatu yang sangat berat untuk aku selesaikan telah mula menghantui diri aku. Bukan aku seorang boleh dikatakan semua yang terlibat mula mencorakkan pelbagai rupa dan wajah. Ada yang emosiny mulut ke bawah, ada yang emosinya kening ke atas, malah ada yang emosinya tiada perasaan.

Setelah berbincang dan mendapat kata putus aku dan yang lain terpaksa akur dengan perkataan saya yang menjalankan amanah. 2 bulan untuk kami selesaikan sebuah inovasi untuk bertanding diperingkat LPPKN. Tiada perkataan tangguh, tiada perkataan tidak dan tiada istilah melepaskan diri, tangga 25 Oktober 2018 kami semua perlu berada di atas pentas berhadapan dengan 3 orang ahli panel yang menjuri setiap aspek di dalam skema pemarkahan.



Dalam masa 2 bulan hanya perkara yang mudah dan sedia ada sahaja yang mampu untuk kami laksanakan. Itu pun dalam masa perlaksanaan pelbagai rintangan dan dugaan dah kami lalui. Beraduh, terasa hati, merajuk, keletihan, tekanan, tak tidur dan sebagainya. Tetapi itu lah warna warni di dalam kerja berkumpulan. Pastinya menerima seadanya dan percaya kepada pasukan sangat dititik berat kan di dalam setiap sanubari.

Akhirnya hari yang di tunggu-tunggu telah tiba. Angkat giliran yang dicabut undi tertera angka 13 daripada 16 pasukan yang akan bertanding. Pishang jugak nak tunggu nombor yang aku sendiri cabut tu. Tetapi kelebihannya di situ dapatlah kami berlatih dan me perkemaskan mana-mana yang tak di kemas kan. Bagi diri aku, segalanya telah kami lalui dan aku hanya nak habiskan sahaja. Walaupun jauh dari sudut hati aku perasaan gundah gulana, resah gelisah, sebu perut dan semua perkara yang mendebarkan berlari-lari bekejaran di dalam diri.



Jam menunjukkan pukul 4.00 petang akhirnya Kembara Krew akan beraksi bersama 7 rakan sepejuangan walaupun kesemuanya ada 9 orang tetapi 2 terpaksa di tinggalkan kerana masalah peribadi. 7 minit yang diperuntukkan bagaikan 7 saat sahaja. Lafaz salam penutup mengakhiri persembahan dan menantikan soalan dari para juri yang berbaki 3 minit. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Satu kepuasan jelas terpancar dari semua wajah-wajah kesayangan hamba. Usaha telah kami pertaruhkan, kini hanya doa yang mengiringi kejayaan.

26 Oktober 2018 merupakan hari paling bermakna bagi kami. Dengan persediaan yang kucar lanar. Dengan kekangan waktu beserta masalah peribadi, pengumuman yang dilontarkan benar-benar membuat aku tergamam. Anugerah Khas Juri menjadi hak milik kami. Walaupun kami tidak meduduki tempat pertama tetapi anugerah yang berprestij itu membanggakan kami.

Hanya menginovasikan penyampaian maklumat Kembara Kaunseling dengan menggunakan kaedah flashcard akhirnya kejayaan mengiringi kami pulang ke kediaman Kuantan. Terima kasih kepada ahli Kumpulan Kembara Krew yang memberi sokongan dan kerjasama. Jangan Serik untuk bekerja bersama. Ayuh kita berjuang untuk 10k Anugerah Inovasi Ketua Pengarah pulak tahun hadapan. Rezeki Allah itu pasti.



No comments:

Post a Comment

Gadis Bertudung Singkat

Setiap hari semasa waktu rehat tempat aku menjamu selera tidak lain dan tidak bukan di bawah pokok beringin yang sentiasa ditemani oleh...