Thursday, November 29, 2018

Cerita Sang Juara


Jika di tanya apa bakti kita kepada negara? Pastinya ada yang termanggu terdiam. Pastinya ada yang mengaru kepala yang tidak gatal. Pasti ada yang merenung jauh menghitung jasa dan bakti yang ditaburkan. Kita bukan pejuang yang mengalas senjata bertempur di medan peperangan untuk menjaga keamanan negara. Kita bukan ahli fikir untuk merenung ekonomi supaya menjamin kesejahteraan anak dan cucu cicit kita. Kita bukan dermawan untuk membantu mendirikan mercu tanda kemegahan negara.


Tetapi kita hanyalah seorang penyokong yang mengeluarkan wang ringgit dari titik peluh membanting tulang empat kerat setiap hari. Kita hanyalah seorang peminat acara sukan yang paling digemari oleh semua. Wang yang di keluar kan bukan sekadar untuk sekeping kertas yang akan dikoyakkan untuk melepasi pintu ke pentas pertarungan. Wang yang di keluar kan bukan sahaja untuk mengerakkan empat roda mahupun 2 roda atau terbang ke angkasa raya. Wang dikeluarkan bukan sahaja untuk kos setiap halangan sebelum sampai ke lapangan kegilaan. Malah kudrat serta dilema kehidupan bukan sahaja untuk di persiakan.


Langkah sang perwira semakin kukuh terpacak di lapangan nan hijau. Rentak tari sang perwira semakin indah mewarnai kemeriahan bangunan yang telah diubahsuai. Hanya selangkah lagi impian menjadi kenyataan. Hanya dua putaran lagi kejayaan menjadi rialiti. Hanya sedetik lagi kenangan kian tercipta menghiasi lipatan sejarah jiwa pertiwi. Kali ini aku tanya kan sekali lagi. Di manakah kita pabila sejarah kian mula tertulis sebagai tatapan generasi muda suatu masa nanti.


Jika sang perwira bertahktakan lencana di dada demi kejayaan tidak mustahil untuk aku, kau, dia, dan kita menyahut seruan yang telah disemboyankan demi sebuah kejayaan bergelar juara. Kita korbankan wang dan ringgit. Kita persiakan detik dan masa. Kita pertaruhkan kerja dan keluarga kerana sejarah ini hanya datang sekali. Ayuh kita zahirkan harapan ini untuk kita menjadi sebahagian di dalam lembayung kejayaan sang juara.

No comments:

Post a Comment

Gadis Bertudung Singkat

Setiap hari semasa waktu rehat tempat aku menjamu selera tidak lain dan tidak bukan di bawah pokok beringin yang sentiasa ditemani oleh...