Sunday, September 1, 2013

Permata hati ku .... Sang Anak

Anak, satu anugerah yang tidak ternilai buat semua yang bergelar seorang ibu dan bapa. Bohonglah kalau tiada seorang pun yang tidak inginkan anak. Anak yang dilahirkan adalah anugerah Ilahi dan kurniaan daripada Allah SWT kepada umatnya. Zuriat bukan sekadar penyambung warisan malah bukti kekuasaan Allah. Tidak dinafikan bahawa setiap pasangan berumahtangga sentiasa mengimpikan anak untuk menyerikan lagi rumahtangga mereka.

Melihatkan pada senario yang berlaku pada waktu sekarang, apakah ini yang dinamakan manusia? Hampir setiap hari kita dihidangkan dengan berita penemuan bayi yang dibuang oleh orang yang bergelar manusia. Layakkah dia digelar Manusia?? Anugerah Allah SWT yang tidak ternilai ini ditinggal, dibuang, dibunuh, dicampak oleh mereka yang bergelar Manusia!! kemana pergi naluri seorang ibu dan bapa?! Mendengar berita penemuan mayat bayi yang dibuang, cukup untuk membuat aku mengalirkan airmata. Kenapa? kerana aku merasakan mereka merupakan insan yang bertuah dikurniakan cahaya mata, bukan seperti aku atau pasangan lain yang masih belum menimang cahaya mata sendiri. 

Bagi mereka yang mempunyai anak, ingatlah seorang anak mempunyai isi hati yang mana kadang-kadang mereka sendiri tidak dapat menggambarkan dengan kata-kata apakah maksud luahan hatinya itu. Mahu tidak mahu kita perlu memahami isi hatinya supaya dapat membentuk anak-anak kita dengan acuan yang benar-benar kita inginkan. Sikap anak-anak tidak sama. Namun isi hati mereka mungkin tidak jauh berbeza. 

Ada sebuah kisah dan tauladan di mana perbualan seorang bayi sebelum kelahirannya  dengan Allah S.W.T.  

Bayi tu bertanya kepada Tuhan : "Para malaikai disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia. Tetapi bagaimana cara saya hidup disana? Saya begitu kecil dan lemah."
Tuhan menjawab: " Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.  
Bayi bertanya lagi: " Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa. Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia" 
Tuhan menjawab:" Malaikatmu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia disana". 
Bayi bertanya lagi: " Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?"
Tuhan menjawab: "Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata".  
Bayi bertanya lagi: " Apakkah yang boleh saya lakukan ketika ingin berbicara kepadaMu?"
Tuhan menjawab: ''Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu." 
Bayi bertanya lagi: " Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?".
Tuhan menjawab: " Malaikatmu lah yang akn melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.". 
Bayi bertanya lagi: " Tapi saya akan merasa sedih kerana tidak dapat melihatMu lagi".  
Tuhan menjawab: "Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu,walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa di sisimu." Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran. 
Dan Sang bayi bertanya perlahan: " Tuhan , jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang kamu maksudkan itu?''.
Tuhan menjawab:  "kamu akan memanggil malaikat sebagai 'IBU'. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan Ibumu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa . Dialah satu satunya hartamu yang tiada galang gantinya , didunia mahupun di akhirat. Akhir sekali kepada Ibu ibu termasuk diri saya sendiri , Ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anakmu yang sedang membesar . Sesungguhnya syurga itu di bawah telapak kakimu.






No comments:

Post a Comment

Kisah Keletihan

K adang-kadang terasa letih yang amat sangat. Keletihan yang hadir membuatkan minda terus menerus memikir bagaikan tiada tanda noktah. Serin...