Monday, September 9, 2013

Pestabola Merdeka 2013


Pestabola Merdeka suatu ketika dahulu merupakan acara tahunan kalendar bolasepak negara yang berprestij dan mendapat perhatian dan pasukan dari negara yang kuat untuk menyertainya.

Antara pasukan yang pernah menyertai Pestabola Merdeka sejak dianjurkan pada 1957 adalah Korea Selatan, Indonesia, Myanmar, Algeria, Pakistan, Ghana, India, Taiwan, Jepun, Maghribi, Iraq, Uzbekistan, New Zealand, Bosnia Herzegovina, dan beberapa kelab dari Brazil dan Argentina.

Justeru itu, Pertandingan bola sepak yang berprestij ini kembali dihidupkan selepas hampir 5 tahun tidak diadakan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Kini Pahang Darul Makmur menjadi tuan rumah untuk menerima kunjungan pasukan - pasukan yang bertanding.

Bagi Pesta Bola Merdeka 2013, akan disertai 3 pasukan antaranya Thailand, Singapura dan Myanmar serta Malaysia yang akan diwakili oleh skuad Harimau Muda A.

Harimau Muda A kendalian Ong Kim Swee akan membawa cabaran negara berikutan skuad kebangsaan kendalian K.Rajagobal akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang China pada September ini.

Pada 2008, iaitu tahun terakhir Pesta Bola Merdeka dianjurkan, skuad Bawah 23 Vietnam muncul juara selepas menewaskan skuad negara yang ketika itu dibimbing B. Sathianathan melalui sepakan penalti 6-5 apabila kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.

Kali terakhir skuad kebangsaan menjadi juara Pestabola Merdeka adalah pada tahun 2007 menewaskan Myanmar 3-1 di final.

Walau pun kejohanan ini merupakan kejohanan yg berprestij tetapi ianya hanya berprestij pada nama. Dahulu penyertaan sangat mengalakkan, tetapi kini hanya beberapa negara malah pemilihan pemain hanya sekadar kadar sahaja.

Sahabat kawan ada memberi pendapat mengenai Pestabola Merdeka ini kenapa tidak dapat sambutan. Dahulu Korea, Jepun dan negara-negara lain mempunyai keinginan yang tinggi untuk bermain dengan pasukan Malaysia. Tetapi kini taraf mereka jauh dihadapan meninggalkan kita di belakang. Malahan mereka tidak langsung toleh kebelakang. Begitu juga dengan promosi dan harga tiket yang tidak kosisten penjualannya dan hebahannya. 

Walaubagaimanapun, sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai semangat dan cintakan bola sepak tanah air, ayuh kita penuhkan stadium demi Malaysia Tanahair tercinta.

No comments:

Post a Comment

Kisah Keletihan

K adang-kadang terasa letih yang amat sangat. Keletihan yang hadir membuatkan minda terus menerus memikir bagaikan tiada tanda noktah. Serin...