Wednesday, October 16, 2013

Malaysia VS Bahrin

15 Oktober, hari ni adalah Hari Raya Aidiladha. Hari ini jugak perlawanan kelayakan Piala Asia anatar Malaysia vs Bahrin. Tapi kali ini kawan tonton di kaca TV sahaja di kampung. Dan kali ini jugak kawan tonton dalam keadaan yang tiada nafsu.

Boleh dikatakan kesemua pemain lemau. Kecuali Aidil dan Taj. Selebihnya tiada hala tuju. Adakah kerana makan lemang banyak? Pastinya Rajagopal tak bagi dah makan. Di atas kertas Malaysia ada peluang untuk menang tepai di atas padang sapa kan tahu.

Yang pasti bahagian tengah Malaysia sememangnya satu masalah besar. Sedangkan di liga Malaysia, ramai pemain-pemain yang boleh mengemudi di bahagian tengah. Nama-nama besar seperti Nazmi Faiz, Badri Razi, Junior dan sebagainya tetapi mereka tak berpeluang untuk beraksi.

Bahagian tengah Malaysia sememangnya tiada fungsi. Bila kita tidak dapat gol kita akan tunding jari kepada penyerang yang tidak boleh menjaringkan gol. Sedangkan kalau pemain tengah tidak mampu merancanakan peluang kepada penyerang manakan dapat gol yang di idamkan. 

Kita terlalu kurang pemain tengah yang mampu berfikir secara segera. Kurang pemain tengah yang boleh pegang bola. Dan yang pasti kita kurang pemain tengah yang mencari bola dan serahkan kepada penyerang. Pertingkatkan lah mutu permainan skuad kebanggaan  wahai ketua jurulatih Datuk K Rajagopal 

No comments:

Post a Comment

Kisah Keletihan

K adang-kadang terasa letih yang amat sangat. Keletihan yang hadir membuatkan minda terus menerus memikir bagaikan tiada tanda noktah. Serin...