Tepat jam 12.00 tengah malam sedang aku nyenyak tido di atas kerusi sofa dirumah mertuaku.
Sang isteri, "bang!" Sambil menghulurkan tepon bimbit kepadaku.
Lalu aku membaca mesej daripada adik perempuanku yang berada di Sungai Petani, Kedah.
"Abah masuk hospital"
Lantas aku terus mendail nombornya dan ....
Perbualan antara aku dan adikku berlarutan dengan pelnagai soalan yang diajukan dan dengan penuh kesetiaan adikku menjawab dengan nada yang sedih.
Ayahku diserang stroke (minor) tekanan darahnya 270/170. Tekanan yang cukup tinggi bagi seorang ayah yang berumur 50-an. Tangan kirinya tidak bermaya lemah. Manakala kaki nya lemah tidak mampu untuk berjalan.
Hari ini adalah Hari Raya Aidiladha. Ayahku dibenarkan pulang ke rumah kerana tekana darah beliau kembali normal. Tetapi keadaan tangan dan kaki beliau masih lemah. Segera aku berpesan kepada adik-adikku supaya cari orang yang pandai berurut kerana penyakit ayahku di peringkat awal.
Selama ini ayahku tidak pernah jatuh sakit. Demam sikit-sikit tu dah lumrah kita manusia biasa. Mungkin selepas beliau pencen, beliau tidak melakukan apa-apa aktiviti. Ayahku ni sinonim dengan seorang manusia yang pantang duduk sahaja. Ada jer perkara yang nak dilakukan. Menurut adikku juga 2 3 hari sebelum tu ayah aku ni bersungguh-sungguh makan sup tulang. Em tu pun satu lagi faktor penyakit ini boleh berlaku.
Walauapapun aku berdoa kepadamu Ya Allah Ya Tuhanku, sembuhkanlah penyakit ayahku. Berikanlah kesejahteraan kehidupan kepadanya. Lindungilah keluarga ku daripada sebarang penyakit yang merbahaya mahupun tidak merbahaya. Sesungguhnya engkaulah maha mengetahui. Amin.
No comments:
Post a Comment