Thursday, September 11, 2014

Birthday Boy

Alamak birthday Afi Darwisy hari ni aduh macam mana boleh lupa ni. Aku terus buat panggilan kepada sang isteri memberitahu. Rupanya sang isteri pun terlup hari ni adalah hari ulang tahun kelahiran Afi Darwisy yang ke 4 tahun. Apa kan daya jatuh pada hari pertama bekerja di minggu yang baru. 

Nampak gayanya hanya sambutan kecil-kecilan jer lah yang mampu aku berikan kepada anak lelaki aku sorang tu. 

Selesai sahaja aku training petang itu aku bergegas ke kedai kek untuk beli kek blueberry chess yang ada patung Mickey Mouse. Perancangan aku bersama sang isteri simple jer. Aku suruh sang isteri tutup lampu dan menyorok bersama sang kecik sementara aku masuk ke dalam rumah sambil menyanyi dan memegang kek yang mempunyai 4 batang lilin yang dinyalakan. Apabila sang kecik dengar nyanyian aku terus dia berlari keluar dan terkejut melihat aku yang sedang memakai topi birthday dan kek ditangan. 

Sang kecik sama-sama menyanyikan happy birthday dengan wajah yang sangat ceria dan meniup lilin yang sedang bernyala. Ya Allah Ya Tuhanku, peliharalah kesejahteraan anak ku, jadikanlah beliau sebagai seorang anak yang soleh yang disenangi oleh semua orang termasuk ayah dan ibunya. Jadikanlah anakku seorang yang berpelajaran bijak pandai, sesungguhnya engkaulah yang maha penyayang dan mengasihani. 


No comments:

Post a Comment

Kisah Keletihan

K adang-kadang terasa letih yang amat sangat. Keletihan yang hadir membuatkan minda terus menerus memikir bagaikan tiada tanda noktah. Serin...