Memi di atas meja aku tenung sedalam-dalamnya. Seri Malaysia Bagan Lalang? Tanya hati kecilku. Dekat mana tempat ni? Puas aku tanya orang lain.
"Jauh bayu tempat tu masuk ke dalam hutan", sang Paiq memberitahu lokasi tempat program aku ni.
Aku menjadi tidak keruan. Nak mintak kenderaan pejabat tidak dapat terpaksa lah aku bawa kereta sendiri.
Perjalanan yang jauh aku redahi dengan sang biru. Bertemankan awek Waze akhirnya aku sampai ke Seri Malaysia Bagan Lalang Sepang tepat jam 2.45 petang hari Jumaat. Tidak lama kemudian peserta-peserta sampai dengan menaiki bas. Peserta-peserta kali ini terdiri daripada PPR Lembah Pantai, Subang dan anak-anak kakitangan LPPKN. Purata umur mereka adalah 14 hingga 17 tahun.
Tugasan pertama aku adalah memastikan para peserta tidak membawa barang-barang terlarang sepanjang kem berlangsung. Dengan muka yang sedikit serius aku melantangkan suara supaya sesiapa yang ada membawa barangan terlarang diserahkan kepada aku atau tindakan sewajarnya aku ambil sekiranya aku terjumpa. Mula-mula sorang datang bagi rokok John yang masih belum dibuka. Selepas itu 2,3,4 termasuklah peserta perempuan.
Hasil daripada barangan yang diserahkan. Yang tak tahan buku lima dengan pisau tu. Katanya pisau tu digunakan untuk memotong lidah buaya. Dik kalau nak tipu pun tipulah orang yang tak pernah jadi remaja macam kamu.
Hari pertama berlangsung dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Tetapi tugasan aku semakin mencabar apabila malam menjelma. Jam hampir menunjukkan pukul 2 pagi tetapi para peserta tidak lagi tidur. Yang perempuan dengan perangainya dan yang lelaki dengan ragamnya. Wajah dimuka aku telah berubah menjadi sedikit bengis. Lintang pukang bebudak ni lari bila aku melangkah keluar dari bilik aku. Keadaan menjadi tenang tanpa sebarang bunyi. Tapi aku tidak sebegitu mudah untuk diperdayakan. Aku menuruni anak tangga lalu menuju ke bahagian belakang. Tu dia pesta masih berlangsung. Bagaikan monyet yang sedang melompat dari pokok ke pokok begitulah kesemua peserta kali ini. Keadaan barenda bilik yang berdekatan memudahkan mereka panjat dan lompat dari satu bilik ke bilik yang lain. Aku tidak berbunyi tapi kelibat aku telah mereka sedari, terus hilang dari pandangan mata dan sunyi sepi. Aku kembali ke bilik untuk berehat kerana pada pagi nanti seawal jam 5 aku perlu memastikan para peserta bangun dan menghadirkan diri ke surau.
Hari kedua.
Kringggg kringgg alarm handset aku berbunyi. Lalu aku bangun untuk memastikan pesera lelaki dan perempuan telah bangun dan bersiap untuk ke surau. Pagi itu aku respect para peserta kali ini. Walaupun mereka tidur lewat dan sedikit nakal tapi mereka berganding bahu mengejutkan para peserta yang lain. Senang kerja aku.
Selesai solat Subuh berjemaah dan sedikit tazkirah pagi. Aktiviti kedua yang mereka harus lakukan adalah akiviti senam tari di dewan.
Aktiviti hari kedua berlangsung dengan terkawal sehinggalah ke petang. Untuk hari kedua masa mereka terlalu padat. Selepas aktiviti di dalam kelas terdapat juga aktiviti luar iaitu Kembara.
Selesai aktiviti kembara urusetia memberi pelepasan kepada semua untuk mandi di kolam renang. Apa lagi lupa untuk makan petang terus mereka terjun tiruk ke dalam kolam tanpa bagi can kepada orang lain. Termasuk lah akj menjadi mangsa mereka dikejar satu hotel lalu dihumban ke dalam kolam.
Pada sebelah malam aktiviti indoor diteruskan. Para peserta kelihatan sedikit keletihan. Mungkin kerana aktiviti kembara yang mencabar pada sebelah petang tadi dan aktiviti terjun tiruk di kolam renang. Dan pada malam tersebut tiada lagi aksi di beranda hotel semua keletihan dan tidur.
Hari ketiga
Pada hari terakhir para peserta kelihatan bersemangat kerana mereka akan menghabiskan kem Pekerti ini pada sebelah petang nanti. Pada hari terakhir ini ramai datang berjumpa dengan aku untuk dapatkan bekalan rokok mereka. Katanya sangap sangat dah tak dapat rokok. Pujuklah macam mana sekali pun aku tetap tidak akan serahkan. Tapi kalau dah abis program nanti tak tahulah terpulang pada ketua fasilitator untuk membuat keputusan.
Kem Pekerti ini berakhir tepat pada jam 2.00 petang. Aku tidak tunggu lama kerana misi negara telah memanggil-manggil. Teruskan usaha adik-adikku. Kami hanya sebagai pemudah cara segalanya atas diri kamu sendiri. Jika kamu rasa kamu ingin menjadi manusia yang berguna berubahlah demi diri, keluarga, bangsa dan negara.
No comments:
Post a Comment