Tuesday, December 2, 2014

Mereka Hadir Demi Malaysia

5 hari lagi sejarah 2012 akan kembali terukir tetapi kali ini Stadium Shah Alam akan menjadi saksi. Kalau sebelum ini 1Q adalah tempatnya, Ahad ini curva Ultrasel akan menjadi jajahan kepada musibat-musibat berbaju hitam. 

Seluruh Ultras negeri akan bergabung menjadi satu. Elephant Army, Ultrasel, Ultras Kedah, Boy Of Street, Ultras Panther, Ultras Nogori dan yang lain-lain akan meninggalkan identiti kenegerian mereka demi untuk satu. Hanya satu iaitu Ultras Malaya. Demi Malaysia. 

Seruan telah berbunyi. Telah lama mereka sunyi kerana tiada perlawanan Malaysia dan hari Ahad ini adalah harinya untuk mereka kembali mengila. Pastinya Stadium Shah Alam akan bergegar dengan lompatan musibat-musibat ini. Pastinya Stadium Shah Alam akan hingar bingar kerana suara mereka melaungkan chant-chant semangat untuk 11 orang di atas padang. Pastinya Stadium Shah Alam akan meninggalkan kesan yang mendalam tanpa mengira keputusan yang akan diperolehi pada hari Ahad ini. 

Ayuh semua seruan telah berbunyi. Salutkan badan kalian dengan pakaian hitam yang kalian ada. Sisipkan mafla yang bernilai beratus-ratus ringgit kalian dileher. Sarungkan kasut yang beratus-ratus ringgit yang kalian beli. Susun rentak tari demi Malaysia tercinta. 



No comments:

Post a Comment

Gadis Bertudung Singkat

Setiap hari semasa waktu rehat tempat aku menjamu selera tidak lain dan tidak bukan di bawah pokok beringin yang sentiasa ditemani oleh...