Thursday, June 11, 2015

Donat Coklat


Pertemuan yang tidak diduga cuma dengan sedikit perancangan membuatkan empat pasang mata bertentang. Bagaikan ada suatu aura yang menangkap dan bagaikan kejutan elektrik menjalar ke dalam hati. Tapi Feez tetap steady, masih menjaga nafsu yang sedikit melonjak-lonjak dihadapan rakan-rakan lain. Tak nak lah bebudak ni cakap gelojoh kan. Buat sementara waktu Feez abaikan dahulu panahan asmara dari sepasang mata yang asyik memandang. Tanggungjawab yang diberikan perlu selesaikan terlebih dahulu. 

Perbincangan demi perbincangan, dari satu topik ke satu topik akhirnya selesai tugas yang diamanahkan. Hari sudah semakin petang, Feez perlu pulang awal hari itu kerana pada keesokkan harinya bertimbun kotak bersedia untuk diangkat ke pejabat barunya. 

Awe : "Feez kita jalan-jalan ke pasar malam dululah awal lagi ni", Sang Awe memberi cadangan.

Tetapi cadangan Sang Awe sebenarnya ada sesuatu yang tersirat. 

Feez : "Balik jer lah aku nak settle pejabat baru aku esok", ujar Feez.
Awe : "Ala sekejap jer, datang jauh-jauh tak berjalan rugi, manalah tau ada awek-awek tersepak ker", Sang Awe memasang jerat burung Tiung.
Feez : "emm ok lah tapi cari tandas dulu, pundi kencing aku dah nak pecah ni", ujar Feez sambil memegang seluarnya.

Triiiiitt ... Ttrrriittt... Wasap Sang Awe berbunyi lagi. Mamat ni tak pernah lekang dek pegang handset. Agaknya dah pudar dah cap jari si malaun ni.

Awe : "Beres Feez aku pun nak tersembur juga ni".

Sampai sahaja di pasar malam Awe memainkan wataknya sebagai seorang pelakon tambahan. 

Awe : "Feez!! Reen nak jumpa ko kat sini sebenarnya", ujar Awe sambil tersengih.
Feez : "Pohh!! Benda pulaknya aok ni, kalau betul pun kenapa dia tak wasap aku sendiri?, malas aku" Feez bagaikan malu tapi mahu.
Awe : "Manalah aku tahu ko tanya la dia sendiri, cuba ko telefon dia", Awe memainkan peranannya.

Kereta diberhentikan lalu Feez keluar untuk bercakap dengan Reen. Agaknya dalam kereta line Celcom yang dia guna tak ada line kot sampai kena keluar. Akhirnya bertemulah empat pasang mata dari jarak yang dekat, tidak seperti tadi sedikit jauh dan terlindung dari pandangan. 

Air yang telah dipesan tidak luak tetapi tidak kedengaran juga mereka berbual. Oleh kerana Maghrib telah dekat terpaksa juga bangun dari tempat duduk untuk beransur pulang, walaupun pada hakikat sebenar terasa berat punggung untuk bangun dari kerusi plastik yang didudukinya. Rupa-rupanya Reen ada hajat untuk diberikan kepada Feez iaitu Donat Coklat. Kalau Siti Nurhaliza dan Dato K popular dengan Strawberry Coklat tetapi Feez dan Reen simbolik mereka adalah Donat Coklat. 

Pada awalnya Feez malu-malu untuk ambil bak kata orang tua-tua, malu-malu tapi mau. Di dalam kereta semasa menuju pulang terkeluar dari mulut Sang Feez. 

Feez : "perghhh sedap sungguh Ren ni kan Awe?" Tanya Feez.

Nasib baik Awe tidak terbabas bila terdengar apa yang dikatakan oleh Feez. Sambil ketawa Awe mengambil peluang untuk kutuk kaw kaw pada Feez. 

Awe : "Haaa tu la tadi jual mahal, orang dah nak tu teruskan la apa nak ditunggu lagi.
Feez : "heheheh segan aku", sambil mengambil donat coklat yang ketiga untuk dimakannya. 

Kejadian itu tidak tamat di situ sahaja. Boleh dikatakan setiap minggu Reen akan poskan kepada Feez donat coklat. Bagaikan telah disantau, Feez tidak langsung berkongsi dengan orang lain donat coklat yang diterimanya itu. 

Hanya kerana donat coklat maka Feez bersedia untuk menyediakan borang untuk ditanda tangan oleh Yati. Sebenarnya Feez ni dah kahwin. Sudah mempunyai 2 orang anak dah tapi orang tua-tua pesan, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. 

Adakah Yati akan tanda tangan borang yang dihulurkan oleh Feez?

Adakah Reen bersedia untuk berkongsi kasih demi donat coklat untuk kekasih hatinya?


1 comment:

Kisah Keletihan

K adang-kadang terasa letih yang amat sangat. Keletihan yang hadir membuatkan minda terus menerus memikir bagaikan tiada tanda noktah. Serin...