Sunday, June 21, 2015

Liga di Bulan Ramadhan

Amboiii banyaknya sawang ni, mana pulak bulu ayam aku ni. Rasanya masih belum terlambat kot aku nak ucapkan selamat menyambut bulan yang penuh dengan pahala dan kerahmatannya iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak. Harapan aku tahun ini, dapatlah aku melaksanakan kewajipan sebagai hamba Allah dimuka bumi ini lebih baik dari tahun-tahun lepas. Insya Allah. 


Selain ucapan Salam Ramadhan untuk semua pembaca sangsperma.com ni aku nak menulis tentang ketidakwarasan mungkin Persatuan Bola Sepak Malaysia atau lebih senonim dengan panggilan FAM ditambah pulak B dibelakangnya FAMB. 

Hari semalam telah bermula kembali Liga Perdana dan hari ini Liga Super bagi tahun 205 ini. Perlawanan-perlawanan yang diadakan di bulan Ramadhan, bulan dimana kita diharuskan untuk melaksanakan sebanyak mungkin perkara-perkara sunat dan suruhan-suruhan Allah S.W.T. Perlawanan yang dikatakan bermula pada jam 10.00 malam sempat untuk para pemain menunaikan solat Sunat Terawih terlebih dahulu. Wahai sekalian pegawai-pegawai yang bijaksana. Lain padang lain belalangnya, lain masjid atau surau lainlah imamnya. Mungkin Masjid A imamnya hanya membaca surah-surah lazim tetapi tidak mustahil Masjid B imamnya membaca ayat-ayat di dalam Al-Quran bermula juzuk pertama hingga terakhir. Bermaknanya di sini jangkamasa  rakaat yang dilaksanakan tidak sama diantara satu sama lain. 

Aku sendiri telah mencuba pada hari semalam di mana aku selesai menunaikan 8 rakaat dan di tambah dengan 3 witir akhirnya aku selesai pada jam 9.20 minit malam. Aku bergegas ke stadium perlawanan telah dimulakan. Bagaimana dengan pemain-pemain? 4 perlawanan akan di adakan pada bulan puasa ini. Sepak mula jam 10.00 malam dan akan berakhir jam 12.00 tengah malam. Pada malam semalam jam 11.45 malam embun jantan mula membasahi kepala ku. Saat itu sebenarnya adalah saat untuk berehat untuk memudahkan kita bangun pula di pagi hari untuk kita Solat Tahajud, Solat Taubat dan diteruskan dengan bersahur. 

Tapi ini lah pengorbanan yang perlu dilalui oleh semua pemain-pemain yang beraksi di Liga Malaysia. Berbuka jam 7.20 bagi Kuantan. Kompom berbuka dengan roti atau kuih muih jer. Lepas tu Maghrib dan bersiap untuk Isyak dan Solat Terawih jam 9.00 sudah kena turun panaskan badan ish tak logik la korang buat jadual. Setahun ada 12 bulan nak ambik satu bulan jer untuk kita bersama-sama meningkatkan amal ibadat kita, itu pun tak dapat. Kejam la korang ni sang pembuat jadual. 

Bilangan penyokong yang turun ke stadium pastinya akan berkurangan dan ianya telah terbukti dengn perlawanan semalam dan hari ini. Cuma aku nak tunggu masa Pahang lawan JDT nanti penuh juga ker atau krik krik krik. 

Kalau nak bercakap tentang isu ini memang panjang lebar la posting aku lepas aku sudah sapu sawang ni. Tapi cukuplah sampai disini dahulu. Apa-apa pun tahniah kepada Pahang FA sebab berjaya menjinakkan PDRM FC dengan kemenangan 5-3 sebentar tadi. Gayat woiii gayat duduk atas ni hehehehehe. 

1 comment:

Kisah Keletihan

K adang-kadang terasa letih yang amat sangat. Keletihan yang hadir membuatkan minda terus menerus memikir bagaikan tiada tanda noktah. Serin...