Wednesday, June 10, 2015

Kuantan Century Ride 2015 (160km)

Apabila melangkah ke tahun baru iaitu 2015 aku terus menghubungi Doc Ali berkenaan Kuantan Century Ride (KCR) untuk tahun 2015. Kali ini aku nak perbaiki segala kelemahan KCR 2014 yang pernah aku sertai sebagai fotografer rasmi walaupun sebenarnya kami semua adalah sukarelawan yang meminati dunia fotografi.

7 Jun 2015 adalah tarikh yang telah dipilih untuk acara tahunan terbesar bagi peminat-peminat sukan berbasikal. Untuk tahun ini adalah edisi ke-4 hasil daripada cetusan idea geng-geng Sepeda Malam yang dibentuk oleh insan hebat yang bernama Dr. Jamal. 

Untuk edisi kali ini para peserta bukan sahaja akan mengayuh di dalam bandar Kuantan tetapi Pekan Bandar Bersejarah juga menjadi laluan untuk para peserta menghabiskan kayuhan sejauh 160 kilometer. Landmark yang diberikan oleh Doc Ali aku telah teliti dan membayangkan gambar yang bagaimana perlu aku rakamkan. Dan untuk tahun ini aku meminta bantuan daripada Awie sebagai pembawa motor yang setia dan aku seperti biasa akan duduk dibelakang bagi merakamkan setiap aksi kayuhan para peserta. 

Malam itu aku tidak boleh melelapkan mata, pertama takut kalau-kalau aku tak bangun dari tidurku dan yang kedua pagi hari Ahad berlangsungnya perlawanan akhir UEFA. Aku sedar bahawasanya aku masih bertongkat kerana ankle kaki ku masih belum sembuh sepenuhnya. Setelah aku fikir-fikirkan dan berehat dengan secukupnya aku nekad untuk bersama-sama dengan KCR2015 tanpa tongkat ditangan. 

Seperti yang ku jangka aku lambat bangun pagi tersebut akibat bola. Sedar-sedar terus aku telefon Awie supaya datang ke rumahku dan kami terus bergegas ke Padang Kemunting di mana pelepasan bermula di sana. Nasib baik perkakas kamera ku telah aku sediakan awal-awal. Kami tiba tepat pada masanya (nasib baik sempat). Tepat jam 7.30 pagi para peserta dilepaskan. 


Laluan kali ini agak landai, pasti 1500 orang peserta yang menyertai kali ini seronok beronok-ronok. Ditambah pula dengan cuaca yang cantik dan sedikit redup. Para peserta akan melalui Jalan Bukit Setongkol hinggalah ke persimpangan Jalan Tengku Abdullah dan menuju ke Kota Sas. 

Saat ini masih terpancar wajah-wajah kegembiraan dan penuh bersemangat yang terpancar. Kali ini aku berada di hadapan kumpulan yang besar kerana mereka akan dilepaskan sekali lagi apabila melalui u-turn Kota Sas. 


Para peserta akan melalui persimpangan Cengkih dah terus ke Jalan Kampjng Padang hingga ke Sungai Lembing. Saat ini lidah mereka mula terjelir kerana kawasan ini berbukit bukau. Keringat mula membasahi seluruh tubuh badan mereka. 


Setelah melalui Jalan Sungai Lembing mereka akan melalui Batu 10 sehinggalah  memasuki Jalan Kuantan Pekan. Perjalanan ini juga mencabar para peserta kerana matahari mula meninggi di atas kepala. Walaubagaimanapun kumpulan kali ini tidak seperti tahun-tahun sudah. 


Bayangkan mereka sampai ke Batu 10 seawal jam 9.00 pagi tidak seperti tahun lalu jam 10.00 baru mereka akan melalui hadapan TUDM Kuantan. 


Kalaulah aku yang menaiki motor ni dah terasa keletihan apa tah lagi para peserta yang perlu mengayuh dan duduk di seat basikal yang tak padan dengan punggung pengayuh. Tapi oleh kerana minat aku untuk merakamkan gambar-gambar para pesera aku gagahi jua. 

Mereka akan memasuki simpang ke Tanjung Selangor dan perjalanan di sini sangat santai. Keindahan suasana kampung akan mereka rasai apabila melalui jalan ini.


Seterusnya mereka akan melalui Pulau Jawa hinggalah melintasi jambatan Pekan untuk menuju ke Bandar Pekan. Penyertaan kali ini sama seperti tahun-tahun sudah para peserta yang datang adalah dari seluruh pelusuk negeri malah ada juga pengayuh dari liar seperti dari Singapore dan juga Mongolia. 

Kesilapan aku mula terjadi apabila aku berhenti di 'water station' di hadapan Muzium Pekan. Rupa-rupanya sudah 4 kumpulan tidak berhenti. Nak menang sangat diaorang ni rupanya. Jadinya hanya kelompok-kelompok kecil sahaja yang tinggal. 


Mereka akan melalui Jalan Rompin Lama hinggalah mengelilingi Istana Sultan Abu Bakar dan kembali patah semula Jalan Pekan - Kuantan dan memasuki Jalan Sungai Soi. 


Cuaca pada hari tersebut sememangnya sangat cantik. Malah rintikan hujan mula turun di Pekan tetapi tidaklah lebat. Kalau lebat memang tak merasa lah aku nak buat gambar. Pada jam 12.00 tengah hari kaki aku mula terasa kebas dan kadang-kadang asyik kejang sahaja. Tapi aku tabahkan hati dan menguatkan semangat yang ada. 


Laluan untuk kembali ke penamat adalah Jalan Pekan - Kuantan. Pada masa tengah hari yang sedikit panas betul-betul mencabar mental para pengayuh. Tapi wajah-wajah mereka tetap tersenyum apabila lensa terarah kepada mereka. Aku sampai ke garisan penamat lebih kurang jam 2.00 petang. Masa aku sampai sudah ramai pengayuh yang tiba awal menuju pulang. 


Sesungguhnya acara tahun ini lebih menarik dari tahun-tahun yang sudah. Malah aku turut dimaklumkan bahawa .negeri-negeri lain turut mengadakan Century Ride contoh seperti di Kedah, Terengganu dan Johor. Kaki aku sudah bertukar merah aku perlu berehat semula. Tapi aku puas kerana dapat merakamkan aksi-aksi KCR2015. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Terima kasih Doc Ali, terima kasih Dr. Jamal. 

No comments:

Post a Comment

Kisah Keletihan

K adang-kadang terasa letih yang amat sangat. Keletihan yang hadir membuatkan minda terus menerus memikir bagaikan tiada tanda noktah. Serin...