Tuesday, August 18, 2015

Kerana Perut Aku Terseksa

Hari ini dah nak masuk 5 bulan aku langsung tidak menyepak bola, memukul bulu tangkis, berlari dan sebagainya dalam arena sukan. Dalam masa 5 bulan ini juga lah aku terseksa dengan berat badan aku. Semakin hari semakin meningkat, kalau turun pun 0.5 kilo sahaja.

3 bulan aku tidak ke pejabat menjadi kejutan dalam kehidupan aku. Kesemua seluar pejabat aku tidak padan. Termasuk kameja-kameja untuk ke pejabat. Itu belum masuk dengan seluar dalam aku lagi. Tapi aku tetap tidak akan beli seluar atau baju baru. Aku sanggup pakai untuk bermotivasi diri aku supaya kembali kepada saiz asal. 

Ada satu hari tu tiba-tiba seluar slack aku terkoyak kerana terlalu sendat aduhhh nasib baik lah aku dah nak on the way balik ke rumah kalau tidak besar juga kemaluan yang terpaksa aku tanggung. Tidak cukup dengan itu abis getah-getah seluar dalam aku berlipat-lipat dan rosak akibat perubahan saiz perut aku.

Ohhh!!! Perut!!! Situ lah part yang paling aku benci sekali apabila berdiri di hadapan cermin. Kadang-kadang kalau berjalan tiba-tiba ada cermin terasa seperti nak tumbuk jer cermin tersebut. 

Selain daripada tu tahap kemalasan aku menjadi-jadi, mungkin akibat penambahan berat badan aku yang mendadak. Nafsu untuk makan aku pun bukan sebarangan nafsu dah sekarang ni. Pantang nampak makanan kegemaran mesti bertambah-tambah aku makan, contoh paling senang kalau aku lepak kat The Warunk. Secara jujurnya aku sememangnya tertekan dan terasa sangat feel down. 

Jadinya mulai hari esok aku mesti lawan kesemuanya. Aku mesti!!!! Aku mestii!!!


No comments:

Post a Comment

Kisah Keletihan

K adang-kadang terasa letih yang amat sangat. Keletihan yang hadir membuatkan minda terus menerus memikir bagaikan tiada tanda noktah. Serin...