Sunday, August 9, 2015

All About Pasal Seni

Kalau bercakap tentang idea sememangnya banyak sangat idea bebudak ni, lebih-lebih lagi Sang Mus. Dari projek Kuantanku dan sekarang muncul idea baru iaitu Pasal Seni. Kisah bermula dengan cadangan asal dari Sang Ajak untuk buat persembahan Akustik Band Little Malaya Entertaiment dekat The Warunk. Lepas tu ditokok tambah, dicadang, dibangkang dan sebagainya. Bermula dengan tajuk Pameran Foto Kuantan dan akhirnya dikomersialkan kepada Pasal Seni. Macam biasalah Sang Mus akan check hastag atau nama Pasal Seni di Instagram so clear tak ada orang guna maka bermulalah sebuah kisah baru dalam diari bebudak ni.

Tarikh dah dapat iaitu 8 Ogos 2015 bersamaan hari Sabtu. Masa pun dah diterima pakai dari jam 8.30 pagi hingga 11.00 malam. Yang tinggal terkontang kanting acara dan aktiviti yang hendak dijalankan tu jer, tapi sebenarnya itu semua small the pieces. Kalau korang nak tahu diaorang ni gila suka buat last minit tapi aku percayakan diaorang. Pengalaman sebelum ini seperti Extravaganza menjadi saksi kepada kepercayaan aku dengan team ni. 

Setiap satu aktiviti disusun dan setiap crew yang terlibat diagihkan tugasan masing-masing. Aku macam biasalah surat-menyurat, promosi, jemputan dan senarai semak adalah bagaikan tugas hakiki aku dengan set ni. 
Akhirnya 8 Ogos 2015 jam 7.00 pagi bermulalah aktiviti pertama Pasal Seni iaitu last touch up untuk kedudukan pameran, pasang PA sistem dan sebagainya. Jam 8.30 pagi pendaftaran bermula. Alhamdulillah kehadiran amat digalakkan dan sangat memberangsangkan. 

Bermula dengan aktiviti pertama iaitu Kelas Asas DSLR daripada bradar Shidy dan diikuti dengan perkongsian cerita atau Photo Talk dalam genre Travel Photography oleh Duta Nikon Pahang iaitu tidak lain dan tidak bukan Ali Shamsul Bahar atau lebih dikenali sebagai Dr. Ali. Sepanjang hari Pasal Seni diadakan juga pameran-pameran gambar. Sebenarnya musi utama yang hendak dilaksanakan adalah foto yang bertemakan Kuantan dan cara atau kaedah untuk mereka mempamerkan gambar tersebut. Contohnya seperti yang dipamerkan oleh crew Safwan Rozi yang bertajuk "Kau, Kamu, Anda dan Aku". Menggunakan 3 keping gambar potret manusia di Kuantan dan satu lagi sekeping cermin.
 

Sesi pagi selesai dengan penglibatan yang membanggakan. Aktiviti seterusnya bermula jam 2.30 petang iaitu Outing Pasal Seni. Outing ini merupakan aktiviti tambahan dan sampingan kepada peserta yang hadir program Pasal Seni. Terima kasih kepada Joe Young, Lily, Viviana dan Reen kerana sudi menjadi talent untuk Pasal Seni. Untuk outing ini akan diadakan pertandingan 10 potret terbaik dikalangan fotografer yang hadir dan menyertai. 

Ok aku lupa nak cerita dari awal tentang Pasal Seni ini. Untuk menyertai dan merasai apa itu Pasal Seni ianya amat-amat mudah kerana ianya adalah percuma. Tiada sebarang bayaran akan dikenakan melainkan kalau nak jadi ahli Persatuan Jurufoto Negeri Pahang (PJNP) barulah bayar sebanyak RM30.00. 
Pasal Seni tidak tamat pada petang hari itu. Tetapi ianya berterusan sehingga ke malam hari. Aktiviti pada belah malam merupakan jamuan hari raya PJNP, persembahan dari Band Little Malaya Entertainment dan juga penyampaian hadiah kepada para pemenang. Untuk pertama kalinya inilah sebahagian aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang hari Sabtu 8 Ogos 2015. 

Selama seminggu mereka sering bertemu untuk berbincang. 
Selama seminggu waktu tidur mereka tidak menentu. 
Selama seminggu kepenatan dari segi mental dan fizikal diatasi dan dihadapi dengan tabah. 
Selama seminggu mereka tidak dapat bersama keluarga mereka. 
Dan pada hari kejadian mereka korbankan hari minggu mereka untuk menjayakan Pasal Seni. 

Terima kasih kepada penaja hadiah Pasal Seni ;
Fotosun
Perniagaan Osaki
A&A Studio Gallery
Jenang Ahmad Batik

Terima kasih kepada penaja barangan dan peralatan ;
The Tukang Kayu

Terima kasih kepada penaja tempat ;
The Warunk

Terima kasih kepada penaja dokumentasi ;
Afiq Ali Photowork

Terima kasih kepada penaja persembahan ;
The Little Malaya Entertaiment

Terima kasih kepada tenaga pengajar Abang Shidy dan Doc Ali 

Terima kasih kepada talent yang sudi hadir ; 
Joe Young, Lily, Reen dan Viviana 

Dan yang terakhir terima kasih yang tidak terhingga kepada semua Crew Pasal Seni. 



No comments:

Post a Comment

Gadis Bertudung Singkat

Setiap hari semasa waktu rehat tempat aku menjamu selera tidak lain dan tidak bukan di bawah pokok beringin yang sentiasa ditemani oleh...