Tuesday, April 11, 2017

Demi Sebiji Bola


Menjadi seorang pemain bola senang dilihat di mata bagi kita insan yang menyokong tetapi berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Senarai pemain 28 atau 30 dan hanya 18 pemain akan disenaraikan mengisi ruangan senarai nama pemain yang akan beraksi. Malah hanya 11 orang sahaja yang akan mengisi ruangan posisi di atas padang. 


Walaubagaimanapun mereka tidak akan berkarat di bangku simpanan tenaga mereka tetap diperlukan di saat-saat yang diperlukan dan ketika itu mereka akan berjuang dengan penuh semangat kesukanan serta berjuang sehingga titisan peluh yang terakhir menitik jatuh ke rumput yang hijau. 


Kesungguhan mereka tidak boleh dipandang rendah kerana mereka adalah perwira-perwira yang dahagakan sokongan daripada para penyokong sebagai bonus persembahan mereka menjadi lebih menakjubkan dan mengemparkan stadium yang sedang beraksi. Siapa tidak mengenali Asshari Samsuddin seorang silent killer di bahagian serangan. Seorang yang sedikit pendiam tetapi penuh dengan kenakalannya. Kedua tangan yang dicantumkan melambangkan huruf S adalah simbolik kepada pemain Pahang yang semakin meningkat prestasi permainannya. 


Tidak lupa kepada seorang lagi pemain tengah negara suatu masa dahulu yang berasal daripada negeri nun jauh di atas iaitu Kuching Sarawak. Joseph Kalang Tie seorang yang cukup peramah dan baik hati. Beliau tidak pernah menampakkan wajah kemarahan hanya senyuman dan gelagat lucunya. Tatkala beraksi pastinya beliau akan beraksi dengan penuh semangat walaupun pasukannya sekarang bukanlah negeri kelahiran beliau. 


Pernah kejadian di Stadium Negeri, Kuching, dimana pabila beliau melangkah masuk ke padang beliau telah diboo dan di maki oleh penyokong kelahiran beliau sendiri. Kalau kita berada di tempat beliau apakah perasaan kita? Tapi pemain-pemain ini kesemuanya profesional. Anasir-anasir luar tidak dilayan yang hanya ada di dalam minda mereka adalah berbakti demi lencana di dada.



No comments:

Post a Comment

Gadis Bertudung Singkat

Setiap hari semasa waktu rehat tempat aku menjamu selera tidak lain dan tidak bukan di bawah pokok beringin yang sentiasa ditemani oleh...