Menganjurkan sesuatu kejohanan bukanlah mudah. Perancangan dan perbincangan yang terperinci amat diperlukan untuk mencapai pelaksanaan yang cemerlang. Tetapi akan hadir jua seketul dua kekurangan kerana kita hanya insan biasa yang merancang tetapi yang pasti hanya terbaik dan kekal abadi adalah dari maha pencipta Allah SWT.
Untuk tahun ini Royal Town Sodalto menjadi tuan rumah bagi edisi ke-4. Bertempat di Legend Futsal, Kuantan sebanyak 15 pasukan akan berentap. 15 pasukam ini terdiri daripada sub-sub Elephant Army diseluruh Pahang dan juga daripada ibu kota.
Acara ini sebenarnya adalah acara dwi tahunan yang berobjektifkan pemuafakatan mengeratkan tali persaudaraan. Dan yang pasti misi utama diadakan kejohanan Futsal Tertutup Elephant Army ini adalah bertujuan untuk mengembalikan komrad-komrad ke curva lengkuk gate 13 di musim Liga Malaysia 2018.
Sepanjang tahun mereka berganding bahu, akrab bersama memberi sokongan kepada pasukan tersayang. Jatuh bangun mereka redah dengan hati yang cekal. Pabila tiba dipengakhiran musim aktiviti ini diadakan bagi memotivasikan semula dan menanamkan kembali semangat untuk mereka beraksi di teres laman sendiri mahupun di laman lawan.
Tahniah kepada para pemenang dan terima kasih yang tidak terhingga kepada penaja kejohanan. Tanpa kalian pastinya kejohanan ini tidak dapat dianjurkan dengan cemerlang.
Bagi aku rasanya ini adalah kejohanan terakhir. Setelah menjadi juara bertahan dan membawa balik piala pusingan. Walaubagaimanapun Rossifumi merupakan pasukan yang cukup mantap dari edisi yang pertama sehinggalah ke-4 ini.
No comments:
Post a Comment