Sunday, April 27, 2014

Rentak Lesu

Hari ini secara rasminya bermula Kejohanan Cabaran 1 tahun 2014 yang berlangsung di Stadium Hoki Wisma Belia Kuantan, Pahang. 8 pasukan telah mengambil bahagian dan dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan A terdiri daripada pasukan New Zealand, Ireland, Poland dan Jepun. Manakala bagi kumpulan B tuan rumah Malaysia, France, Korea dan Canada. 

Bagi hari pertama ini Malaysia bertemu dengan France pada jam 9.30 malam di padang B. Keputusan penuh kejohanan membabitkan perlawanan antara Malaysia dan France adalah berpihak kepada pasukan France dengan jaringan 3-2. 

Permainan pasukan Malaysia pada mulanya amat memberangsangkan dengan serangan yang bertali arus ke gawang France. Tetapi walau bagaimanapun keputusan separuh masa pertama France mendahului dengan 1 jaringan Olivier Sanchez pada minit 34. 

Permainan pada separuh masa kedua pula sekali lagi Malaysia banyak mengadak ke kubu lawan. Akhirnya pada minit ke 41 Tengku Ahmad Tajuddin menceriakan warga Kuantan dengan jaringan padang. Sejurus selepas itu 9 minit kemudian giliran Faizal Shaari pula mengegarkan gawang lawan. 

Keputusan Malaysia mendahului France 2-1 itu tidak kekal lama kerana pada minit 53 Victor Charlet menyamakan kedudukan. Seterusnya pada minit 64 Hugo Genestet mengukuhkan kedudukan France mendahului 3-2 dan mengalahkan Malaysia pada game ke 4 Kejohanan Cabaran 1 tahun 2014 edisi kali ini. 

Malam esok Malaysia akan turun sekali lagi dan akan menentang Korea. Oleh yang demikian perlawanan kedua nanti adakah merupakan perlawanan wajib menang sekiranya ingin bersaing untuk melangkah ke peringkat seterusnya.


No comments:

Post a Comment

Gadis Bertudung Singkat

Setiap hari semasa waktu rehat tempat aku menjamu selera tidak lain dan tidak bukan di bawah pokok beringin yang sentiasa ditemani oleh...