Monday, April 21, 2014

Longkang

Kringggg kringggg aduh ingat nak bangun awal di pagi hari Sabtu untuk menyiapkan kerja-kerja yang tergendala tapi inilah padahnya kalau tidur selepas Solat Subuh.

Dengan slow and steady aku turun dari katil Jepun ku mencapai tuala yang tergantung lalu ke bilik air. Aktiviti pertama di dalam kedinginan bilik air ku adalah termenung melihat air yang keluar dari paip memenuhi baldi sebagai sumber untuk aku basahkan diri aku seperti biasa. 

Kesegaran mula dirasai pabila selesai. Kelihatan sang isteri dan sang anak masih nyenyak mungkin di buai mimpi di pagi Sabtu. Sebuah ciuman ku hadiahkan kepada isteri tercinta dan anak tersayang. Ku petik suiz komputer sambil Salem Menthol di jari kiri. Lalu aku mengadap folder pertama yang perlu aku bereskan pada waktu ini. Bukan nya senang untuk menyiapkan sebuah album yang diamanahkan oleh pelanggan kepada Dhedaun Picture. Cabaran itulah yang harus aku tempuhi pada pagi hari minggu tatkala orang lain beseronok bersama keluarga, kekasih dan rakan-rakan. 

Timetable aku hari Sabtu ini amat padat. Masa terlalu mencemburui aku. Album yang sedang aku hadap ini perlu dibereskan sebelum jam 12.00 tengah hari. Aku dah berjanji dengan sang isteri dan Afi Darwisy nak lunch di Jhonny's. Kata sang isteri nak makan lauk sahaja tak nak nasi. Tapi dalam masa yang sama aku perlu bergegas ke Kedai Siong untuk hantar gambar-gambar yang telah aku edit. Aku kena makan sebelum jam 2.00 petang kerana ada petang Sabtu ni aku akan turun beraksi bersama Team Tekat FC menentang Team Veteren Pandan di Padang Airport. Pada sebelah malam pula aku akan bergegas ke Stadium Darul Makmur untuk menjalankan tugas sebagai media rasmi Gawang.My perlawanan antara Pahang menentang Sime Darby FC.

Yesss .... Album telah siap, cepat-cepat aku tutup suiz komputer lalu mengarahkan sang kecil untuk bersiap menuju ke kereta yang aku parking di luar. Honda hitam yang gagah ditepi pagar rumah ku buka lalu menghidupkan enjin untuk dipanaskan. Saat inilah kedebuk !!!! Aduhhhh !!!!! 

Afi Darwisy tercegang tanpa perasaan diwajahnya.

"Ayah!! Kenapa duduk dalam longkang tu", ujar sang kecik sambil beg merah di tangannya.

Aku tak berkata apa. Yang aku tahu kepala ku sakit terhantuk ke birai longkang. Pinggangku sakit terkena longkang yang sedikit dalam. Kaki ku tersadai di permukaan longkang. Terus aku bangun dan masuk ke dalam rumah. 

"Ibu!! Ayah duduk dalam longkang", ujar sang kecik kepada ibunya yang masih lagi sedang make-up.

Sang ibu ketawa di ikuti sang anak. Sang ayah terduduk kesakitan. 

Justeru itu, sesungguhnya masa yang dikejar kadang-kadang boleh mendatangkan kecelakaan kepada kita. Berhati-hatilah walau di mana kita berada. Berhati-hatilah di mana sahaja kita meletakkan kaki kita di muka bumi Allah ini. 

Di saat aku mencoretkan Cerita Sang Sperma ini, muka ku herot berot menahan kesakitan dan bahagian belakang badanku terutamanya dipinggang kanan ku. 


2 comments:

  1. tragis betul jatuh smpai tersadai kaki kat permukaan longkang.. boleh bayangkan..aduhh!

    ReplyDelete
  2. tu la pasal lagi tragis bila sang anak berbunyi huh

    ReplyDelete

Gadis Bertudung Singkat

Setiap hari semasa waktu rehat tempat aku menjamu selera tidak lain dan tidak bukan di bawah pokok beringin yang sentiasa ditemani oleh...