Wednesday, July 29, 2015

Sejarah tercipta Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat


Bila kita terbaca atau terdengar perkataan dipecat atau dilucutkan jawatan sememangnya ianya adalah suatu perkara yang sangat serius. Lebih-lebih lagi jawatan atau pangkat itu adalah dikalangan golongan orang-orang atasan. 

Hari ini 28 Julai 2015, Malaysia telah digemparkan dengan pemecatan jawatan Timbalan Perdana Menteri yang disandang oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan diganti oleh Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga memegang potfolio Menteri Dalam Negeri. Selain daripada itu Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Bin Tun Abdul Razak juga telah melakukan rombakan kabinet dimana 4 lagi menteri telah digugurkan. 

Dikhabarkan rombakan yang dilakukan ini adalah untuk mengukuhkan lagi pentadbiran negara dan sebagai persediaan untuk pilihanraya akan datang. Walaubagaimanapun terdengar juga dari hujung-hujung telinga tentang isu pertikaian terhadap syarikat perlaburan strategik kerajaan 1MDB yang didakwa berlakunya peryelewengan. Selain daripada itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga tidak memihak dan mempertikaikan kepimpinan Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak. 

Tindakan drastik yang dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia ini telah menjadi bualan semua masyarakat Malaysia khasnya dan dunia amnya. Adakah sejarah ini akan tertulis di dalam buku Sejarah anak-anak kita generasi akan datang ini? Sesungguhnya dunia politik hari ini sungguh menakutkan dan sungguh mencabar. 

Selama ini kita hanya memperkatakan tentang politik-politik negara luar seperti Indonesia, Thailand, Israel dan sebagainya. Tapi hari ini politik di Malaysia juga tidak kurang panasnya dan tidak kurang hebatnya. 


No comments:

Post a Comment

Kisah Keletihan

K adang-kadang terasa letih yang amat sangat. Keletihan yang hadir membuatkan minda terus menerus memikir bagaikan tiada tanda noktah. Serin...