Thursday, January 7, 2016

Selepas 9 Bulan Aku Kembali


9 bulan telah berlalu kalau dikira tambah, tolak, bahagi dan darab seorang ibu yang sedang mengandung menantikan saat untuk melahirkan cahaya matanya hasil daripada perkongsian hidup bersama sang suami. Ehh aku bukan nak cerita tentang ibu mengandung ni. Tapi aku nak cerita 9 bulan aku gantung kasut bola ku akibat kecederaan yang aku alami semasa mewakili jabatan ku di Kejohanan Sukan Badan Berkanun di Sabah bulan empat dahulu. 

Dalam masa 9 bulan itu aku menghabiskan masa MC aku dengan terlantar dan hanya ke stadium walaupun bertongkat. Apabila tongkat aku sudah aku simpan di bawah katil aku mula perlahan-lahan kembali ke arena badminton setelah sekian lama juga aku tinggalkan. Makan tahun jugalah aku rasa. Apabila memasuki 8 bulan selepas kecederaan aku dahulu aku mula beraksi di padang futsal itu pun terus beraksi di kejohanan futsal di Balok. Hanya sepatah aku tanyakan kepada Saro "Mung percayakan aku ker", tanya aku. Maka jawablah sang Saro dengan ringkas, "Mung main jer", seringkas soalan aku kan?. Alhamdulillah tempat kedua weh kangan tak di sangka. Aduii bukan nak cerita tentang dapat naib johan tapi nak cerita kisah hari Ahad baru ni sebenarnya.

Pada petang Ahad baru ni aku sengaja menghalakan sang hitam aku ke Polisas bersama isteri dan Afi Darwisy puteraku. Kononnya untuk memberi sokongan dan meluangkan masa menyaksikan team Elephant Army friendly dengan team campuran Balok. Maka dengan berbekalkan Kopi Bancuh seorang satu aku lepak di bahagian atas pentas utama padang Polisas. Tapi betullah kata orang tua-tua, kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai. Eh kena ker pepatah tu ek.... Hehehehe....  Tak sampai 10 minit set ni beraksi, kaki aku dah mengeletek hendak menendang. Tanpa buang masa, hanya sepatah yang aku ungkapkan kepada sang isteri, "tak leh tahan abang sayang, nak main gok lah", ujar aku sambil berlari ke bonet sang hitam untuk mengambil kasut bola ku yang sudah 9 bulan di dalam beg. 

Maka turunlah aku ke padang. Tetapi aku tidak beraksi di posisi sebenar aku iaitu penjaga gol tetapi aku beraksi di bahagian tengah. Korang bayangkan lah, 9 bulan aku tidak berlari tiba-tiba aku memilih untuk bermain di bahagian yang memerlukan aku sentiasa berlari mencari bola dan melorongkan bola. By the way,not bad la ehh speking pulak heheheh .... Aku mampu untuk menghabiskan permainan sehingga wisel penamat ditiup oleh pengadil. Pada mulanya oklah tak lah rasa apa-apa, aku boleh ke pejabat di hari pertama selepas bercuti panjang akhir tahun baru ni. Tetapi segala-galanya bermula pada hari kedua iaitu hari Selasa, habis satu badan jadi kekejangan dan aku mula terasa bagaikan nak demam. Sehinggalah ke hari ini kesakitan masih dirasai. Itulah penangan apabila setelah lama berhenti tiba-tiba turun beraksi bagaikan sebiji bom di dalam badan tunggu masa untuk diletupkan. 

No comments:

Post a Comment

Gadis Bertudung Singkat

Setiap hari semasa waktu rehat tempat aku menjamu selera tidak lain dan tidak bukan di bawah pokok beringin yang sentiasa ditemani oleh...