Sunday, January 3, 2016

Pemain Muda Taruhan Pasukan Pahang FC


Tajuk lagu Siti Nurhaliza 'Biarlah Rahsia' menjadi tag line bagi pasukan Pahang sebelum ini. Dah mengalahkan Akademik Fantasia dia punya kejutan. Hingga lah pada 1 Januari 2016 pasukan Pahang memperkenalkan logo baru seiring dengan misi mereka untuk diswastakan pada tahun 2018 nanti. Dan pada hari ini kejutan tentang barisan pemain-pemain pasukan Pahang. Walaupun pada permulaannya perancangan pihak pengurusan untuk nampak lebih dramatik dengan memperkenalkan pemain menggunakan laman sosial dan hanya memperkenalkan 5 orang sahaja untuk tarikh 3 Januari 2015. Dan selebihnya akan diumumkan pada setiap hari pada jam 12.00 tengah hari sehingga lah cukup 26 orang pemain. Walaubagaimanapun masa ada rahsia di situ dimana masih ada 2 kekosongan 1 pemain kelahiran Bosnia yang dikhabarkan dihantar berlatih ke satu tempat yang tidak diberitahu dan seorang lagi tidak diketahui. 


Atas desakan para penyokong Pahang yang sememangnya tidak berpuas hati dengan cara pihak pengurusan, termasuklah aku akhirnya pihak pengurusan mengeluarkan senarai lengkap 26 pemain yang akan menyarung jersi Pahang bagi musim 2016 ini. Barisan pemain yang sememangnya memeranjatkan semua penyokong Pahang khasnya dan peminat-peminat bola sepak amnya. Purata para pemain Pahang pada kali ini berumur 23 tahun kesemuanya. 

Kalau ditanya kepada aku tentang senarai pemain 2016 ini, secara jujurnya aku memang berminat. Kita tidak memerlukan pemain-pemain ternama tetapi kita yang akan cipta mereka menjadi pemain ternama. Pemain-pemain import juga dipilih lingkungan purata umur tersebut dan ini menunjukkan pihak pengurusan sememangnya mempunyai matlamat yang jauh. Dengan mengikat kontrak yang lama sehingga 3 tahun maka Pahang sekali lagi akan menjadi pesaing sengit kepada pasukan-pasukan di Liga Super dan Liga Malaysia 2016 yang akan memulakan sepak mula pada pertengahan Februari nanti. 

Berkenaan barisan kejurulatihan pula ianya bagaikan sinonim dengan pemilihan Coach Azaruddin Aziz yang sudah terkenal dalam membawa pemain-pemain muda di pentas Piala Presiden sebelum ini. Digandingkan dengan Coach Shah yang selama ini hanya memegang jawatan sebagai penolong jurulatih bagi pasukan Pahang. 

Hanya satu saja yang aku inginkan dengan barisan pemain dan kejurulatihan pasukan Pahang ini. Taktikal yang berlainan perlu diterapkan. Kita mempunyai pemain-pemain muda yang pada hakikat sebenarnya mempunyai kepantasan dan tubuh badan yang sihat ditambah dengan bimbingan daripada beberapa pemain-pemain senior. Pelbagaikan taktikal ketika dalam permainan seperti mana yang pernah dicipta oleh Coach Dollah Salleh dahulu. Apabila memasukkan Amirul Hadi, tiba-tiba gameplay menjadi lain bukan sahaja menggunakan pemain sayap kiri dan kanan.

Bermainlah demi lencana di dada, lebih-lebih lagi lencana di dada itu adalah lencana baru dan kalian merupakan pemain pertama yang menyarungnya. Perlu diingat berjuta mata memandang ke pasukan Pahang ini sebenarnya. Kerana apa? Kerana kita mengilap kembali sinar pemain yang pernah malah cahaya mereka seperti Razman, Azidan, Poyeng dan Hafiz Kamal. Pahang juga yang melahirkan pemain yang berpotensi besar menjadi pemain yang disegani seperti Azam, Matt Davies dan Yan. Kini giliran 26 pemain yang telah menandatangi kontrak bersama pasukan yang digelar Tok Gajah ini. 

No comments:

Post a Comment

Kisah Keletihan

K adang-kadang terasa letih yang amat sangat. Keletihan yang hadir membuatkan minda terus menerus memikir bagaikan tiada tanda noktah. Serin...