Thursday, June 16, 2016

Hatrik Pantai Timur JUARA




Hatrik Pantai Timur juara keseluruhan Karnival Sukan 50 Tahun LPPKN yang berlangsung di INSPEN Bangi. Karnival yang berlangsung selama 3 hari bermula pada hari Jumaat dengan perbarisan dan perarakan kontigen-kontigen seperti HQ A, B, C, Zon Selatan, Zon Utara, Zon Tengah dan Zon Pantai Timur. Acara-acara awal dimulakan seperti Dart, Ping-pong, Dan Congkak selepas selesai perbarisan semua kontigen. Pada belah malam pula acara bowling diadakan di IOI Putrajaya yang di sertai oleh semua negeri. Bagi Pahang aku, Muhaimin, Puan Z dan Zila memulakan pertandingan di lane 1 dan 2. Lane yang paling aku benci kerana belah kiri terlalu luas. Sememangnya bukan tandingan untuk mengalahkan geng-geng dari ibu pejabat yang rata-rata kesemuanya memiliki markah 150 dan ke atas.


Hari kedua bermula dengan acara-acara yang telah berlangsung pada hari pertama. Manakala acara seperti Bola Jaring dan Futsal bermula serentak di venue yang berlainan. Team futsal Pantai Timur diundi di kumpulan A bersama HQ C dan Selatan. Alhamdulillah Pantai Timur berjaya melangkah ke pusingan seterusnya iaitu separuh akhir setelah mengalahkan kedua-dua pasukan dengan cemerlang.


         Team Dart Hatrik Pantai Timur

Karnival yang julung kalinya dilaksanakan sempena 50 tahun LPPKN boleh ditambah baik dan dijadikan acara tahunan LPPKN. Apabila adanya karnival ini kita dapat melihat ramai bakat-bakat baru yang boleh diketengahkan untuk mewakili LPPKN pula di peringkatkan Sukan Badan Berkamun mahupun MakSwip. 



Disamping acara-acara sukan yang dipertandingkan, ada juga pertandingan persembahan. Pastinya bagi skuad Pantai Timur Kisah Sewang diketengahkan bagi menunjukkan etnik yang ada di Malaysia dan semakin maju kala hari ini. Dah di katanya persembahan kan jadinya kita buat la persembahan. Siap dengan koreografinya, pakaian, peralatan yang digunakan dan yang paling seronok penglibatan semua atlit tidak kira pangkat dan darjat .... Amboii.


3 hari berkampung di Inspen dan tibalah hari terakhir dan pada hari terakhir ini skuad Pantai Timur memiliki 2 acara di peringkat akhir. Acara nya adalah futsal lelaki dan bola jaring. Tidak ketinggalan juga acara tarik tali. Tapi bayangkan lah skuad Pantai Timur ada ngam ngam jer lelaki dan lelaki-lelaki idaman gadis-gadis jelita ini lah juga yang akan beraksi di pentas akhir futsal selepas selesai acara tarik tali ini. Walau bagaimana pun perjuangan harus diteruskan dan akhirnya hanya tempat ke empat sahaja yang mampu diperolehi. 


Selesai acara tarik tali giliran bola jaring akhir pula yang berlangsung di dalam dewan utama karnival ini sambil di saksikan oleh Ketua Pengarah, timbalan dan jemputan-jemputan. Tapi malangnya skuad bola jaring tewas tipis dan hanya berpuas hati di tempat kedua. Maka tibalah acara terakhir iaitu perlawanan akhir di antara skuad Pantai Timur menentang HQ A. 

Bagi perlawanan akhir ini berlaku detik-detik tegang di mana aku sendiri jadi mental apabila gol mudah dilepaskan dan itulah satu-satunya gol yang berjaya membolosi gawang aku. Eh yang kedua sebab yang pertama bolos dengan jaringan Encik Azlan di perlawanan pertama peringkat kumpulan hari sebelumnya. Aku malas nak komen lebih-lebih tentang aksi tegang tersebut. Yang lebih penting keputusan perlawanan hanya diperolehi selepas tendangan penalti setelah seri 1-1. 

Apa sahaja anggota badan yang aku ada, aku akan gunakan. Itulah yang berlaku selepas aku menidakkan dua tendangan dari pihak lawan menggunakan dada dan muka aku. Pedih jangan ditanya lah pastinya pedih jawapan ikhlas aku tetapi oleh kerana inginkan kemenangan aku serahkan segalanya di atas padang. 

Pantai Timur juara keseluruhan Karnival 50 Tahun LPPKN bagaikan satu mimpi kerana kami tidak lah sehebat mana dan tiada langsung masa untuk kami berlatih bersama. Hanya komitmen dan kesungguhan yang ada julung kalinya piala pusingan dijulang menandakan Kami adalah Juara. 


Setelah berakhirnya penyampaian hadiah tersebut maka berakhirlah Karnival Sukan 50 Tahun LPPKN. Ucapan terima kasih dan syabas kepada urusetia karnival. Sehingga berjumpa lagi. Kalau nak piala besar ni korang kena tewaskan kami Skuad Pangaj Timur - Hatrik 

No comments:

Post a Comment

Gadis Bertudung Singkat

Setiap hari semasa waktu rehat tempat aku menjamu selera tidak lain dan tidak bukan di bawah pokok beringin yang sentiasa ditemani oleh...