Monday, July 13, 2015

Plaza Low Yatt Bermandi Darah

Sekarang kecoh satu Malaysia tentang seorang pembeli Melayu dikatanya menjadi mangsa penipuan barangan telefon bimbit di Plaza Low Yatt. Bermula dengan pergaduhan di antara Melayu dan Cina akibat ketidakpuasan hati kerana didakwa ditipu barangan buatan China bukannya barangan original. 

Setelah dipukul oleh sekumpulan geng dari pihak penjual, kemudian di hari kedua berkumpulan yang datang untuk 'repeat' kerana ingin menegakkan keadilan. 


Dari satu tempat penjualan barangan yang sangat terkenal kerana pelbagai pilihan dan harga yang berpatutan, hari ini ianya terkenal kerana pertumpahan darah antara dua kaum. 

Pada hakikatnya tidak dapat dinafikan peniaga-peniaga ada yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan yang lebih maka mereka penjual barangan yang bukan original tetapi mempromosikan seperti ianya adalah barangan original. Baik Cina, Melayu, India semuanya bagi aku sama sahaja. Apabila hati telah dipahat dek ketamakan  dan mengejar keuntungan yang berlipat kali ganda, maka sifat hormat-menghormati dan tatasusila masyarakat Malaysia pupus dan hilang begitu sahaja. 

Tidak dapat dinafikan juga apabila satu pihak inginkan keadilan tentang barangan  yang dibeli hasil duit titik peluh mereka serta satu pihak lagi mempertahankan perniagaan mereka. Tapi satu aku harapkan tiada perkataan anti perkauman yang akan timbul. Cukuplah peristiwa 13 Mei 1969 menjadi sejarah hitam dalam kamus Malaysia. Sekarang kita dibawah satu bumbung iaitu Malaysia, yang berbilang kaum, berbilang etnik dan berbilang bangsa. Tidak salah untuk memperjuangkan nasib mereka yang ditindas malah ianya menjadi lumrah kehidupan. 

Mungkin hari ini kita menang dek kerana segerombolan yang datang menyerang dengan dendam yang terpalit di dalam hati mereka tetapi pernah tak kita fikirkan jangka masa akan datang di mana urusan jual beli ini sentiasa akan menjadi keperluan di dalam kehidupan kita. 

Sebab itu aku hanya beli barangan yang mahal harganya di kedai-kedai yang kita kenal dan sudah biasa dengan aktiviti penjualanya. Atau sebelum membeli sesuatu barang kita telah kaji sekurang-kurangnya untuk mendapatkan sedikit ilmu supaya kita tidak ditipu. 


Aku menconteng bukan untuk menyembelahi mana-mana pihak, tetapi aku menconteng kerana aku sayangkan tanahairku Malaysia yang dikenali sebagi negara yang aman makmur dalam pelbagai aspek. 


No comments:

Post a Comment

Kisah Keletihan

K adang-kadang terasa letih yang amat sangat. Keletihan yang hadir membuatkan minda terus menerus memikir bagaikan tiada tanda noktah. Serin...