Sunday, July 12, 2015

Jangan Terlalu Angkuh


Lama aku tak ada idea untuk menconteng di sini. Hari ini aku tak ada idea jugak tapi aku buat-buat rajin untuk mengisi tarikh hari ini untuk aku menconteng. 

Bangun sahaja aku dari tidur aku capai telefon canggih dan mahal aku. Semua laman sosial aku bukak. Ramai yang post tentang Afrika, long ball, perancangan 5 tahun, juara Piala Malaysia. Boleh dikatakan bila scroll sahaja semua laman sosial ni semuanya bercakap tentang 4 perkara tersebut. Ohhh sesungguhnya aku tersangatlah ketinggalan zaman. Di dalam kesibukkan aku tak sempat untuk mengetahui kisah yang dicipta untuk menambahkan kebencian terhadap mereka. 

Mengapa perlu seorang yang mempunyai status tersangatlah tinggi jika ingin dibandingkan dengan orang lain mengeluarkan ayat-ayat yang membolehkan perkataan bodoh dilemparkan kepadanya dan menambahkan kebencian terhadapnya. Cukup-cukuplah selama ini perbuatan beliau sudah membuatkan mana-mana individu mengutuk dan mengeji beliau. Apa yang beliau cari sebenarnya? Kedudukan? Ternyata sudah tidak boleh disangkal lagi kerana ternyata darjatnya sangat tinggi jika ingin dibandingkan dengan aku yang kerdil ini. Populariti? Sudah pasti beliau tersangat popular dari mana-mana pucuk pimpinan yang ada di dalam dunia bola sepak hari ini. Kepuasan? Tidak cukup puaskah beliau dengan apa yang telah beliau miliki hari ini? 

Bagu aku sebenarnya aku hanya berbangga dan hormat beliau kerana perubahan yang telah beliau laksanakan untuk peminat bola sepak, iaitu kecanggihan dan kehebatan stadium yang tidak ada pada mana-mana stadium di Malaysia. Tapi itu sahaja lah selebihnya dalam 97% lagi, aku langsung tidak menghormati beliau. Walaubagaimanapun aku akur dengan setiap perbualan dan bual bicara beliau. Darah muda yang mengalir di dalam diri beliau dan mungkin baru mengenal apa itu bola sepak membuatkan beliau sentiasa ingin tampil dengan komen-komen serta penjelasan yang serba sedikit terkena pada batang hidung beliau sendiri. 

Jagalah tepi seluar sendiri dan bangunkanlah apa yang dipegang dengan sikap yang lebih rasional dan merendah diri, tidak perlu untuk mencanang dan memperli insan lain. Betul lah hastag yang digunakan sekarang ini, #BilaHatiSudahHitam. 

Pasukan sendiri terumbang ambing, malah ingin mencari 3 mata pun susah ada hati ingin menjaja periuk nasi orang lain. Aku perhatikan sahaja isu-isu yang selalu timbul takkala hari ini. Separuh dari apa yang diperkatakan itu kadang-kadang memakan diri sendiri. Aku tepuk tangan jerlah kerana air yang diludah pelepet terkena batang hidung sendiri. 

Petang tadi aku sempat bertanya kepada mamat Afrika sorang ni bahawasnya ada insan tertinggi darjatnya tidak menyukai beliau. Jawapan yang dijawab hanya 3 patah perkataan sahaja iaitu "I Dont Care" steady steady mamat Afrika. 

Pesanan aku cukup-cukuplah buat perkara bodoh atau pandir. Carilah perpaduan dikalangan peminat bola sepak tanah air. Jangan terlalu angkuh atau menunjuk-nunjuk kerana perbezaan darjat yang kau miliki hari ini. 

No comments:

Post a Comment

Kisah Keletihan

K adang-kadang terasa letih yang amat sangat. Keletihan yang hadir membuatkan minda terus menerus memikir bagaikan tiada tanda noktah. Serin...