Tuesday, December 17, 2013

1st Gen : SMKAP Muadzam Shah

Sejuk rasanya aircond di kafe@teen UTC ni, boring memanglah boring tapi kawan seronok bertugas kat sini sebab banyak idea yang kawan boleh conteng dalam dairi kawan dan dalam lama sosial kawan ni. Di tambah plak dengan bantal-bantal yang empuk dan lembut ni pehhhh ...

Chu : "Aok pilih lah, buat lah keputusan, nak Clifford ker? Panglima Garang ker? Atau SMKA Muadzam ni.", ujar uncle kawan sambil muka tak puas hati.
Chu : "Kalau ikut Chu baik ambik Clifford ni jer senang dan bukan calang-calang sekolah gak", tambah uncle kawan.
Mak Ngah : "Clifford je la senang, nak gi sekolah senang, buat hal senang Chu ada", nasi tambah dari mak sedara kawan, kakak pada uncle kawan.
Kawan : "Macam ni la biar Anisah yang buat keputusan", sambil mengulungkan 3 keping kertas kecil kononnya nak buat undian.

Sebenarnya kawan ni berat nak pergi ke SMKAP Muadzam Shah tu. Sekolah tu sekolah baru, first generation lah katakan. Pastu bandar dia kecik jer tak banyak abis duit heheheh. Tapi seperti biasa kawan ni ibarat buah catur kena dengar cakap family kawan. Tapi yang sempoi Arwah nenek kawan relax jer, diam jer, tak komen apa-apa.

Jeng-jeng sang kecik yang bernama Nur Anisah Amilah telah ambik kertas yang digulung dan nak dimasukkan ke dalam mulutnya, sempat dihalang oleh kepantasan kawan ni.

Kawan : "Yes!!!!! SMKAP Muadzam Shah, fullstop," kawan melompat dan meninggalkan mereka terpingga-pingga.

Kawan lantas masuk ke dalam bilik dan melihat ke almari dan katil ku.

"Apa ek aku nak bawak gi sana ?"' bisik hati kecilku.

Tanpa berlengah kawan simpan la apa yang patut. Kawan lipat apa yang patut. tapi yang pasti buku skrap yang mengandungi sain dan gambar-gambar kenalan kawan tak tertinggal. Saat kawan akan berdikari akan bermula. Tapi sayang seribu kali sayang rupanya kawan tetap kena memulakan persekolahan di SMK Clifford gak sementara kerana SMKAP Muadzam Shah ketika itu tak siap lagi.

Justeru itu kawan di kelas IG1 iaitu kelas Bahasa Arab, sebab matapelajarannya sama dengan mata pelajaran di SMKAP nanti. 3 bulan kawan di Clifford maka kawan mendapat perkabaran bahawasanya SMKAP Muadzam Shah telah bersedia untuk menerima pelajar-pelajar generasi pertama bagi sesi pembelajaran 1996.

Perjalanan daripada Kuala Lipis ke Muadzam Shah memakan masa lebih kurang 4 jam. Kiri kanan jalan hanya ditemani dengan pokok-pokok getrah dan sawit.

"Selamat datang Ke Muadzam Shah", kawan menjerit apabila ternampak papan tanda biru di bahu jalan. Hati ku semakin bergolak kerana tidak sabar. Tetapi tiba-tiba kawan terpegun dan terdiam apabila kawan lihat keadaan sekolah yang akan memulakan pembelajaran menengah kawan. Padangnya bagaikan padang jarak padang terkukur. Banyak tanah daripada rumput. Kawasan nya memanglah besar tetapi kosong jer lapang jer pandangan kerana tiada satu pun pohon-pohon besar untuk meredupkan suasana. Tetapi berbekalkan semangat yang tinggi dan keinginan untuk berdikari kawan tabahkan hati dan cekalkan jiwa.

Orang pertama kawan kenal adalah Zainal katil sebelah kanan kawan daripada Keratong dan Yo katil sebelah kiri kawan daripada Jerantut. Maka bermula lah kisah hidup kawan di tempat baru, kawan baru, peralatan baru, bangunan baru dan sebagainya baru. 1st generation lah katakan.

Mungkin ada sambungan .........



No comments:

Post a Comment

Kisah Keletihan

K adang-kadang terasa letih yang amat sangat. Keletihan yang hadir membuatkan minda terus menerus memikir bagaikan tiada tanda noktah. Serin...