Thursday, December 26, 2013

Captain Thubasa

Duit dalam poket ada RM5.00 nak tak nak aku beli jugak Komik Jaguh Bola Sepak. Tinggal lagi RM2.50 lepas lah nak buat tambang bas kontot warna merah putih balik Taman Guru. Komik cite ni kat kedai buku benteng jer ada itu pun kuantiti dia tak banyak jadinya kalau lambat maka puas lah nak cari sambungan nya. Dalam TV tajuk dia Kickers setiap hari Selasa petang memang sakit hati kalau tengok TV sebab lambat nak abis. Dia bersambung pulak time2 tengah aksi kemuncak. 

Kalau baca komik ni puas sikit leh ulang banyak kali. Dari Yoshida kecik mewakili sekolah Nanko sampai lah dia menyarung jersi kebangsaan Jepun. Yang bestnya masa lawan antara sekolah-sekolah antara Nanko, Myowa, Fukoko dan sebagainya. Lepas tu masuk plak sekolah menengah jumpa plak sekolah Toho dan sebagainya.

Bila kwn dah besar ni puas keh mencari DVd penuh cite ni x jumpa. Last-last sekali masa balik kampung kat Kedah adik kawan bg pinjam Dvd dia. Memang osem la. Balik jer Kuantan mengulor le Kuantan Parade terjumpa gak 89.90 beli tetap beli. Tapi sayang banjir baru-baru ni dah menghanyutkan kedua-dua DVD tersebut. Kalau tau dek adik laki kawan ni kompom mengamuk dia. 

No comments:

Post a Comment

Gadis Bertudung Singkat

Setiap hari semasa waktu rehat tempat aku menjamu selera tidak lain dan tidak bukan di bawah pokok beringin yang sentiasa ditemani oleh...