Kalau bercakap bab banjir ni masa kawan kecik dulu memang tak merasa la sebab sungai kerpan tu tinggi kawasan nya. Kalau nak main air kena turun jauh sikit baru dapat main. Dan la jugak sepam dua berenang-renang simbah-simbah. Bila dah besar ni tak de la nak main tapi terperangkap dalam banjir dah menjadi kebiasaan.
Mula-mula masa belum kawin dulu nak hantar sang tunang balik rumah kat Kempadang Makmur. Rasanya kereta saga kawan tu dah tinggi dah tapi bila selisih dengan lori kecik yang dipandu laju, bluuuppp bluuppp mati enjin di tengah jalan. Puas plak nak tolak ke tepi. Tersadai seharian kat tempat kejadian.
Bila dah kawin konon nya nak gi perbincangan dengan partner Dhedaun Picture sang Awang kat Coffee Street puas kilas stereng kete mencari jalan yang tak dinaiki air. Mana tak nya Jalan Wong Ah Jang pun dah di aiki air. Dah la kete auto, rendah plak terasa jer benda-benda lalu bawah kete. Cuma masa tu nasib memang menyembelahi kawan selamat sampai ke CS walaupun terpaksa pusing sana pusing sini.
Tapi sebenarnya kawan ni berkhidmat di kementerian pembangunan wanita keluarga dan masyarakat memang tak lari la dari aktiviti banjir ni. Banyak la jugak kenangan dan pahit maung ketika bertugas. Walau apa pun saat ni Kwantano masih lagi hujan tidak berhenti masuk hari kedua. Jalan-jalan di bandar Kuantan ni dah banyak yang tutup kepada kenderaan ringan. Harap-harap tak berpanjangan la kesian jugak pada mereka-mereka yang nak mencari rezeki yang nak menjalankan tugasan hakiki.
No comments:
Post a Comment