Monday, December 2, 2013

Kisah Sang Tamiya

Kedengaran air mencurah-curah jatuh di dalam bilik air. 
"Sah Mak Ngah tengah mandi" hati kecil ku berbisik,
Aku terjengket-jengket masuk ke bilik Mak Ngah ku. Ku toleh ke kiri Ku toleh ke kanan. Line clear lalu dengan perlahan aku menyeluk saku baju putih yang tergantung di dinding bilik.
Yang di cari telah kujumpai.
"Tapi di mana letakkan?", bisik hati kecilku lagi.
"oh mak ngah lipat kat belakang IC dia rupanya", sambil aku tersenyum sinis
Lalu aku mengambil lipatan wang kertas RM50 lalu bergegas masuk ke bilik aku dan mencapai Alam Perwira seperti tiada apa yang berlaku.
Tepat jam 1.45 tengah hari kedengaran enjin kereta saga first model Proton dihidupkan. 
"Yes mak ngah dah nak gi kerja", jerit hati ku.
Lalu aku bergegas bersiap mengenakan jersi MU yang di beli di pasar malam beserta seluar track dan tidak lupa beg sandang peneman kemana sahaja aku pergi.
Setiba di kedai apek di bandar, aku terus melulu ke arah mainan Dash Yankuro.
"Shooting Star? Greet Emperor? Dancing Doll? Burning Sun?Cannon Ball? Black Spider? 
"arghhh apek banyak nya I ada RM50 saja boleh angkat semua ka?" rayu aku pada apek yang dah tua 
"Haiya! mana boleh ma kasi angkat dua saja la, lain kali datang beli lagi", bebl apek tua sambil cekak pinggang.
"huh ok la kasi Shooting Star sama Greet Emperor", sambil mengelap air liur yang nak terjatuh 
Aku pulang ke rumah sambil berlari kerana tak sabar nak pasang kesemua mainan yang baru di beli tadi. Sebenarnya kat rumah dalam kotak bawah katil dah ada Dancing Doll, Burning Sun, Cannon Ball so lengkap la Pasukan Dash Yonkuro hahahha. 

"blurr sejuk weh aircond kat UTC ni",
Aku tersedar daripada anganku dan pengalaman ku suatu masa dahulu.

Begitulah aku suatu masa dahulu untuk mendapatkan mainan yang menjadi kegilaan kanak-kanak zaman itu. Tak cukup dengan itu tambah plak aksesori seperti biasa lah terjengket-jengket la aku ke dalam bilik mak ngah aku. Lepas tu hari cuti Sabtu Ahad lepak kat Centre Point sebab kat situ ada litar. Tak cukup lagi siap buat kayu macam kayu hoki tu kononnya nak sama macam dalam televisyen leh berlari bersama kereta. Selain daripada tu main plak dalam longkang kat asrama bila dah masuk asrama memang buruk perangai masa tu. Tapi itu lah dia Tamiya dan aku suatu ketika dahulu.

Agak-agak korang lah kalau mak ngah kawan tahu la kawan curi duit dia mengamuk tak dia? heheheheh 






No comments:

Post a Comment

Kisah Keletihan

K adang-kadang terasa letih yang amat sangat. Keletihan yang hadir membuatkan minda terus menerus memikir bagaikan tiada tanda noktah. Serin...