Monday, December 16, 2013

Di hari kedua banjir

Rabu (hari kedua) keadaan banjir di Kuantan semakin parah. Semua pusat-pusat permindahan dah macam sardin. Padat dan bermasalah. Dengan bekalan elektik tak ada, air tak de malah bekalan makanan dan kelengkapan pun tak de. Saat ni kawan bayangkan sang kecik yang nak menyusu nak tido bagaimana. Sang ibu yang nak tido atau menukar pakaian bagaimana?. 

Keadaan kawan sememangnya stress memikirkan keadaan rumah, cuma kawan cuba berfikiran positif sambil melihat wajah sang isteri yang cukup tenang. Kawan memahat fikiran kawan masih ada lagi rumah yang lebih parah dari kawan dan mereka memerlukan bantuan kawan. Jadi tanpa buang masa kawan capai vest KPWKM dan vest sukarelawan JKM lalu contact sang Goku untuk ambik kawan naik lori.

Semua jalan dah terputus hubungan hanya boleh dilalui dengan menggunakan lori dan bot sahaja. Kawan bersama goku dan beberapa sahabat yang lain dengan berbekalkan dengan sebuah lori dan 2 buah bot. Kawasan yang kami cover adalah di persimpangan sg Isap sehinggalah ke Tanah Putih Baru. Keadaan masa tu sangat kecoh bagaikan thunami kecil sedang melanda. Kelihatan mangsa berlari-lari untuk menyelamatkan diri dan harta benda.

Pabila bot dah siap sedia operasi menyelamat dimulakan. Pengalaman yang sungguh menyayat hati di mana sang tua terpaksa terbongkok2 mengharung arus deras bersama barangan yang dibawa. Tidak ketinggalan sang wanita sedang mendukung sang anak yang masih kecil dan pelbagai lagi. Kesemua pusat pemindahan telah penuh dan sesak. Mangsa terpaksa di hantar ke Wisma Belia dan SUKPA tetapi kenderaan tidak mencukupi. Dengan bantuan beberapa lori penyelamat, bas MPK dan bas Rapid keadaan dpt dikawal. 

Walaubagaimanapun keadaan belah petang lebih kurang jam 5.00 keadaan menjadi lebih parah kerana air semakin besar dan arus sangat deras. Masalah di pusat-pusat pemindahan juga tidak kurang hebatnya. Makanan tidak sampai dan tidak mencukupi, bekalan elektrik terputus, air mula memasuki kawasan permindahan dan sebagainya. 

Hari pertama dan kedua banjir benar-benar mencabar mangsa kali ini. Saat ini di pusat-pusat pemindahan anak-anak kecil menanggis inginkan susu. Makanan tidak mencukupi hanya sekadar 2 keping biskut sebagai pengalas perut. Lantai kelas dan dewan sebagai hamparan tidur. Lengan sebagai bantal untuk melelapkan mata. Kotak-kotak yang tidak digunakan sebagai selimut mengelakkan dari kesejukkan. 

Banjir kali ini benar-benar menguji kesabaran dan ketakwaan kita kepada Allah yang maha esa. 

Ikuti sambungan akan datang


No comments:

Post a Comment

Gadis Bertudung Singkat

Setiap hari semasa waktu rehat tempat aku menjamu selera tidak lain dan tidak bukan di bawah pokok beringin yang sentiasa ditemani oleh...