Monday, June 23, 2014

Kegemilangan Pahang

Tidak keterlaluan kalau kawan katakan tahun 2013 dan 2014 adalah merupakan zaman kegemilangan sukan bola sepak negeri Pahang. Bermula dengan menjuarai Piala Malaysia, diteruskan dengan menjuarai Piala Sumbangsih, seterusnya menjuarai Piala FA baru-baru ini dan pada hari ini pasukan Kuantan FA yang beraksi di Liga FAM telah menjuarai Liga FAM 2014 dan akan melangkah bergaya tahun hadapan ke liga perdana. Kemungkinan besar kesinambungan kejuaraan arena bola sepak di bumi Pahang Darul Makmur berterusan pada malam nanti (Isnin malam) iaitu perlawanan akhir Piala Presiden 2014 antara Pahang U21 menentang Perak U21. 

Ianya adalah satu perkembangan yang sangat positif dan diharapkan fenomena kejuaran di bumi Pahang ini akan berterusan dari masa kesemasa. Pada masa yang sama diharapkan sokongan padu dan doa rakyat Pahang tidak putus-putus kepada pasukan-pasukan kesayangan kita ini. 

Ucapan tahniah kepada kesemua yang terlibat yang berjaya menaikkan sukan bola sepak di Negeri Pahang, diharapkan usaha dan komitmen yang dijalankan pada hari ini berkekalan dan berterusan hingga bila-bila. 

Tahniah kepada pasukan Kuantan FA yang telah menjuarai Liga FAM 2014 dan akan melangkah ke Liga Perdana pada tahun hadapan. 

Teruskan usaha majulah sukan untuk negara.



No comments:

Post a Comment

Kisah Keletihan

K adang-kadang terasa letih yang amat sangat. Keletihan yang hadir membuatkan minda terus menerus memikir bagaikan tiada tanda noktah. Serin...