Sunday, June 15, 2014

3 Piala 3 Coach

2013 bermulalah episod garang sang Tok Gajah dibimbing oleh jurulatih tempatan yang tidak asing lagi di arena bola sepak Malaysia, Dollah Salleh. Setelah 22 tahun bumi Pahang tidak merasai kejuaran Piala Malaysia, tahun 2013 kejayaan tersebut direalisasikan oleh anak buah beliau di atas padang. Perebutan piala yang berprestij itu adalah diantara Pahang VS Kelantan dimana Stadium Shah Alam menjadi saksi kejayaan sang Tok Gajah. 

Liga Malaysia 2014 menjanjikan aksi-aksi yang lebih menarik. Pahang kini di kendalikan oleh Ronald Smith dan ujian pertama beliau adalah untuk merampas Piala Sumbangsih. Perlawanan yang di berlangsung di Stadium Darul Makmur menentang Lions XII. Sekali lagi Matias Ruben Conti menjadi hero pasukan Pahang dengan jaringannya. 

Dan kini Zainal Abidin Hassan pula menjadi pengendali pasukan Pahang setelah Ronald Smith meletakkan jawatan beliau sebagai ketua jurulatih dan  kembali ke Australia. Kreativiti Zainal kian terserlah selepas perlawanan demi perlawanan dan meletakkan Pahang di pentas final Piala FA 2014 menentang KL Felda United di Stadium Shah Alam. Pahang terus menunjukkan kehebatan mereka di arena bola sepak Malaysia dengan mengalahkan KL Felda United dengan keputusan 2-1. 

Semalam kawan ada berbual bersama Coach Zainal dan beliau mengenangkan kekalahan ke atas Selangor dan Terengganu kerana kekalahan itu merencatkan perjalanan Pahang untuk bersaing menjadi pendahulu carta liga super yang berbaki 3 perlawanan sahaja lagi. Tetapi kawan respect dengan ayat beliau yang terakhir iaitu, kita jangan tamak mungkin tiada rezeki kita untuk menjadi juara liga super. 



No comments:

Post a Comment

Kisah Keletihan

K adang-kadang terasa letih yang amat sangat. Keletihan yang hadir membuatkan minda terus menerus memikir bagaikan tiada tanda noktah. Serin...