Thursday, October 2, 2014

20 sen

Hari ini pastinya setiap stesen minyak diseluruh negara akan dipenuhi dengan kenderaan yang ingin mengisi minyak. Situasi ini sering kali akan kita lihat pada setiap kali kenaikan harga minyak. Termasuk lah pada hari ini, dimana sekali lagi harga minyak akan naik pada jam 12.01, 2 hari bulan Oktober 2014. Sebelum ini harga bagi seliter minyak adalah RM2.10 bagi Ron 95 manakala bagi Ron 97 adalah kekal dengan RM2.58 seliter. 

Peningkatan sebanyak 20 sen telah membuatkan seluruh rakyat Malaysia mengeluh kerana pastinya harga-harga lain selepas ini turut akan naik kerana kos pengangkutan akan meningkat. Peningkatan harga minyak ini pastinya akan memberi kesan yang mendalam kepada semua pengguna kenderaan. Walaubagaimanapun riaksi ini pastinya akan dirasai dalam seminggu dua ini sahaja. Selepas sebulan suasana akan kembali akan normal kerana kita tidak sedar tentang kenaikan 20 sen ini disebabkan minyak merupakan keperluan kepada semua orang untuk menggerakan kenderaan mereka.  


No comments:

Post a Comment

Kisah Keletihan

K adang-kadang terasa letih yang amat sangat. Keletihan yang hadir membuatkan minda terus menerus memikir bagaikan tiada tanda noktah. Serin...