Wednesday, October 22, 2014

Sepasang Spring Kasut


"Tokey kasi itu spring 11 pasang, campur-campur warna ya," nyaring kedengaran suara gadis bertahi lalat di atas bibir sambil menunjukkan spring kasut yang hendak dibelinya. 
"Aiyaa amoi manyak ooo kasut kamu," tanya apek berkaca mata bulat berbaju pagoda putih berseluar coklat pendek.
"Ini saya punya kawan order la tokey," sambil mencapai plastik spring yang baru dibeli.
"Oooo lu punya boyprend manyak kasut maaa," pelat tokey sambil muncung-muncung mulut. 
"Heheh ok la tokey terima kasih ya, nanti saya datang beli lagi" cepat-cepat sang gadis beredar dari kedai apek cina berbaju pagoda. 

Kereta Myvi putih dipandu dengan penuh berhemah. Sesekali sang gadis menjeling ke tempat duduk sebelah. Apabila menjeling pastinya senyuman akan terukir dari wajah manis sang gadis. Mesti dia suka aku beli spring ni, bisik hati kecil sang gadis. 

... Rindu rindu hatiku rindu .... Kepada mu oh juwita ku ... Hatiku rindu sayang kepada kamu .... Dikir Abang Halim Yazid berkumandang di corong radio kereta yang dipandu. 

Tapi itu dulu, ketika cinta kian berputik, tatkala hati kian terpaut kerana ketampanan dan kemanjaan sang pujaan  hati. Kini semuanya menjadi kenang-kenangan. Tetapi beg plastik yang berisi spring kasut yang telah lama di beli dahulu masih terikat rapi di bonet kereta. 

"Apa salah aku terhadap diri dia?" Soal aku pada diri aku sendiri. Selama ini aku sayangkan kau tanpa berbelah bahagi walaupun aku tahu ramai gadis-gadis lain keliling pinggang kau. Tapi aku tetap sukakan kau. Mungkin aku tidak cukup sempurna untuk bersama dengan dia. 

Dulu mungkin aku bodoh menunggu kau. Dulu mungkin aku buta kerana menagih kasih sayang dari kau. Tapi hari ini tidak lagi. Kehidupan aku perlu diteruskan. Segala yang berlaku sebelum ini biarlah berlalu menjadi kenangan dan rahsia di dalam lubuk hatiku. 

"Tapi apa aku nak buat dengan spring-spring kasut yang berlambak-lambak ni?" Termenung aku sejenak. 
Pingg!! Ping!!! Pongggg!!!! 
Mengamuk kenderaan kat belakang sebab aku masih lagi tidak bergerak sedangkan lampu trafik light simpang empat dah lama hijau. Kelam kabut aku dibuatnya nasib baik gear automatik, kalau tidak pasti tersenguk-senguk sebab mengelabah nak masuk gear. 

Sekali lagi sang gadis menjeling barangan yang diikat di dalam plastik. "Apa aku nak buat dengan benda alah ni"? Campak ke sungai? Bagi kawan-kawan aku yang lain? Atau aku simpan sahaja di rumah boleh aku guna pada kasut-kasut aku yang akan aku belintak lama lagi. 

Kini aku semakin bahagia walaupun kadang-kadang wajah dia terpampang di hadapan aku. Terima kasih atas segalanya. Sehingga berjumpa lagi

No comments:

Post a Comment

Kisah Keletihan

K adang-kadang terasa letih yang amat sangat. Keletihan yang hadir membuatkan minda terus menerus memikir bagaikan tiada tanda noktah. Serin...