Saturday, October 11, 2014

Suatu kepuasan

Sekarang jam menunjukkan jam 5.38 pagi Sabtu 11 Oktober 2014. Aku masih belum tidur. Nak cakap mata tak mengantuk, rasa macam mengantuk. Nak cakap badan tak letih, tersangat lah letihnya. Tapi yang pasti jawapannya aku memang tak boleh tidur. Mungkin aku tak sabar untuk buka booth Dhedaun Picture  pagi karang si Festival Gerbang Pengantin Mega 2014 di Megamall Kuantan. 

Cerita semalam dah berlalu. Iaitu hari pertama festival. Seperti biasa suasana biasa-biasa sahaja. Kebanyakkan tetamu yang datang adalah untuk mengumpul flayers sampai penuh ditangan mereka. Itulah kuasa pembeli. Mencari yang terbaik untuk diri mereka. Cerita hari ini kita tak tahu lagi bagaimana. Walau apa pun aku sangat bergembira kerana apa yang aku inginkan telah mejadi realiti. 

Opsss apa yang aku harapkan tu? 


Gambar di atas ini lah panduan aku untuk aku realisasikan. Abaikan tiang sebatang tu. Semasa berbincang dengan awang aku terus google untuk mencari contoh dekorasi untuk booth Dhedaun Picture. Dalam banyak-banyak yang aku search contoh kat atas inilah yang menjadi idaman hati. Kalau dilihat seperti mudah sahaja nak dibuatkan. Tapi hanya Allah sahaja yang tahu betapa strugglenya team Dhedaun Picture untuk merealisasikan impian aku ini. 

Tepat jam 5 petang hari Jumaat, 4 lampu dan 2 bunting yang menjadi simbolik booth Dhedaun Picture telah dipasang dan bersedia untuk menerima pelanggan yang hadir. Berbekalkan tag line "...bukan 1, tapi 2, tak mungkin 3.." ramai tang tertanya-tanya apa yang dimaksudkan oleh kami. 

Aku berdiri di penjuru booth Dhedaun Picture sambil tersenyum bangga dan bersyukur. 

Mungkin tak sama dengan yang aku google tetapi 80% bagi aku ianya adalah sama dengan apa yang aku idam-idamkan. Terima kasih kepada semua yabg terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Terutamanya kepada Awang rakan kongsi aku kerana bersetuju dengan cadangan aku ini. 

"...bukan1, tapi 2, tak mungkin 3..."

No comments:

Post a Comment

Kisah Keletihan

K adang-kadang terasa letih yang amat sangat. Keletihan yang hadir membuatkan minda terus menerus memikir bagaikan tiada tanda noktah. Serin...