Thursday, October 16, 2014

On tour

Buat masa sekarang semua laman sosial sedang terbakar dek DP daripada Elephant Army. Lagi yang membuatkan terbakar adalah t-shirt keluaran khas untuk awayday. Apa kan daya aku tak dapat turut serta bersama mereka. Pada mulanya dan best dah sebab dapat merasai suasana Stadium Darul Aman, tetapi oleh kerana kebangsatan FAM semuanya musnah seperti rumah yang sedang dijilat api yang marak. 

Kalau dulu aku pasti akan mencari jalan untuk turut bersama-sama berawayday untuk memberi sokongan kepada pasukan kesayanganku. Tapi kini aku dah tidak mampu untuk mengubah jadual yang telah dirancang dan yang telah tertulis di dalam dairi kehidupan aku. Bukan disebabkan semangat aku dah luntur tetapi keadaan ng tidak mengizinkan. Baru-baru ni aku terlibat bersama Dhedaun Picture di Karnival Gerbang Perkahwinan Mega 2014 di Megamall. Ahad ini pula aku ada pakej fotografi dan Isnin aku akan menduduki peperiksaan jabatan. Manakala pada 24 hari bulan nanti aku nak masuk gua untuk Nature Photography Camp 2014. Sememangnya sudah tidak boleh dielakkan lagi.

Walau apa pun doa aku dan sokongan aku tidak akan berbelah bahagi demi Pahang Darul Makmur walaupun aku anak kelahiran Kedah Darul Aman.


No comments:

Post a Comment

Kisah Keletihan

K adang-kadang terasa letih yang amat sangat. Keletihan yang hadir membuatkan minda terus menerus memikir bagaikan tiada tanda noktah. Serin...