Sunday, October 19, 2014

Taat, Setia & Harapan

Tepat Jam 12.15 tengah malam tadi 2 biji bas komrad Elephant Army Kuantan bersama beberapa biji bas fan Pahang memulakan perjalanan ke Utara Malaysia.   Berbekalkan taat setia dan harapan yang tinggi mereka mengorak langkah tanpa mengira wang ringgit dan cuti mereka untuk bersama-sama dengan pasukan kesayangan mereka. 

Suasana akan semakin hangat apabila mereka akan bergabung dengan bas-bas dari daerah yang lain. Kelainan kali ini adalah kesemua bas Elephant Army adalah komrad tegar yang akan berpadu suara melontarkan chant-chant yang berbau serangan psikologi dan membangkitkan semangat pemain. 

11 pemain di atas padang Stadium Darul Aman akan ditemani dengan anggaran 1000 pemain ke-12 yang berdarah Tok Gajah hadir dari seluruh pelusuk Malaysia. Warna kemegahan bendera Negeri Pahang hitam putih akan chant bersama, akan melompat bersama, demi Pahang Darul Makmur amnya dan mengekalkan kejuaraan Piala Malaysia khasnya. 

Iringan doa ku panjatkan semoga semuanya selamat dan membawa bekalan gol yang akan merealisasikan impian menjadi kenyataan. 


No comments:

Post a Comment

Gadis Bertudung Singkat

Setiap hari semasa waktu rehat tempat aku menjamu selera tidak lain dan tidak bukan di bawah pokok beringin yang sentiasa ditemani oleh...