Thursday, October 23, 2014

Kena Lipat

Jam di dinding baru menunjukkan pukul 1.00 pagi. Kalau aku tidur waktu ini nescaya aku akan terlajak. Pukul 3.00 pagi aku perlu bersiap-siap untuk bertolak bersama sang biru ke Kuala Lumpur untuk menduduki Peperiksaan KPSL di ibu pejabat LPPKN. Pada mulanya aku bercadang untuk gerak bersama sorang mamat ni tapi aku dah kena lipat gulung baik punya. 

Dari pagi aku telefon tidak berangkat, ok aku positifkan fikiran aku sebab dia tengah ada program. Tengah hari aku telefon semula, juga tidak berangkat. Belah petang sekali lagi aku hubungi kali ini panggilan aku dijawab tetapi katanya akan telefon semula sebab program tak habis lagi. Aku tunggu dan tunggu hinggalah selesai aku menunaikan kewajipan fardhu Maghrib. 

"Rul orang rumah aku nak balik Puchong la", terang dia.
Saat ini aku dah tak ada mood untuk bercakap tapi aku buat cool jer.
"Tak pe lah kalau macam tu, aok nak gerak bila",? Tanya aku.
"Kejap-kejap lagi lah, atau aku boleh tunggu ko kalau kau nak gerak sekali" jelas dia.
"Oh... Tak pe lah ko mesti tidur Puchong, ko gerak jer lah dulu, pandai-pandailah aku" jawab aku lalu aku tamatkan perbualan.

Saat itu sebenarnya aku dah tak boleh untuk berfikir. Sememangnya aku tak suka drive ke KL atau secara last minit tukar plan. Tapi apa kan daya dah kena lipat kan. Jam handset aku berbunyi pada jam 3.00 pagi. 

"Sayang... Sayangg .. Bangun abang nak gerak dah ni", sambil menepuk-nepuk kaki isteriku. 
"Afi Darwisyyyy ayah nak pegi kerja dah ni ... Bangun sayang bangun", aku kejutkan pula sang kecik yang sedang nyenyak tidur.

Sang biru sudah mengaum dan bersiap sedia untuk menuju ke kota metropolitan Kuala Lumpur. Lambaian tangan sang isteri dan sang kecik membuatkan aku semacam malas nak gerak tapi ini masa depan ku bersama LPPKN. Ohh kenapa aku tak gerak lebih awal?. Sebenarnya Sabtu dan Ahad aku ada pakej perkahwinan Ella dan Yunus manakala malam pulak nak tengok live Kedah menentang Pahang. Jadi aku ambik keputusan untuk gerak awal pagi ke Kuala Lumpur. 

Lebuhraya Pantai Timur pagi itu lengang, tak banyak kereta di atas jalan. Perkara yang paling meresahkan aku adalah tahap mengantuk dan kabus yang tebal sepanjang perjalanan. Seri Jaya dah lepas, Maran pun dah dilalui. Mata aku semakin pedih dan berair. Aku terpaksa berhenti di RnR Temerloh kerana kabus semakin tebal. Aku mengambil keputusan untuk tidur sekejap dengan harapan tidur di dalam kereta tidak selesa dan aku akan mudah terjaga.

Arghh padah padah!!! Jerit aku. Jam di tangan menunjukkan pukul 7.00 pagi. Sempat ke tidak ni bisik hati kecilku. Aku bergegas mengerjakan solat Subuh dan apabila selesai aku cepat-cepat menekan  pedal minyak memecut menuju ke Kuala Lumpur. 130 - 140 meter sang biru. Nak lebih lagi aku dah tak berani kerana kondisi sang biru ni tidak mengizinkan. Di dalam perjalanan aku menghubungi pihak urusetia memaklumkan kelewatan aku. Kata mereka peperiksaan akan bermula jam 9.00 pagi kalau dah terlambat terpaksa lah repeat peperiksaan hari pertama tahun hadapan. Nampak gayanya rezeki aku untuk menyelesaikan peperiksaan aku sekaligus tidak berkesampaian. 

Aku sampai ke Kuala Lumpur tepat jam 9.00. Keadaan jalan yang sudah mula jem membuatkan aku pasrah. Aku redha dengan apa yang berlaku. Dan inilah pengajaran dalam diri aku. Jangan terlalu berharap kerana diri sendiri akan merana. 


No comments:

Post a Comment

Kisah Keletihan

K adang-kadang terasa letih yang amat sangat. Keletihan yang hadir membuatkan minda terus menerus memikir bagaikan tiada tanda noktah. Serin...