Monday, October 27, 2014

Harapan semua

Harapan semua .... Darul Makmur bertahta .... Harapan semua Pahang kekal juara .... Ooooo ooooo ooo ooo ooo oooo oooo oooo Ale ale ale kita bertemu lagi Ale ale ale kami masih di sini .... Harapan semua darul makmur bertahta ... Harapan semua Pahang kekal Juara .... 

Tahniah pasukan Pahang sekali lagi berjaya melangkah ke pentas akhir Piala Malaysia 2014. Perjalanan yang berliku di sepanjang edisi Piala Malaysia kali ini, Pahang sekali lagi membuktikan mereka adalah pasukan yang mampu mempertahankan Piala Malaysia di bumi Pahang Darul Makmur. Mereka bangkit daripada kekalahan separuh akhir pertama di Darul Aman seperti seekor sekumpulan gajah yang menyerang sebuah kota kecil di Darul Makmur. 

Kali ini Pahang akan bertemu dengan pasukan bintang pilihan iaitu JDT I yang turut berjaya melangkah ke perlawanan selepas menewaskan KL Felda United. Pertembungan yang sememangnya menjadi perhatian ramai. Pertemuan ini bukan sahaja 22 org pemain di atas padang tetapi juga di tempat duduk penonton di antara Elephant Army (Ultras Pahang) dan juga Boys Of Street (Ultras Johor). 

Di harapkan Pahang dapat mengekalkan kejuaraan yang mereka menangi tahun lalu pada 1 November 2014 ini. Itulah harapan semua orang-orang Pahang. Harapan yang mengunung tinggi setinggi Gunung Tahan. Harapan sepanjang sungai Pahang. Harapan sebesar tanah jajahan Negeri Pahang Darul Makmur. 





No comments:

Post a Comment

Kisah Keletihan

K adang-kadang terasa letih yang amat sangat. Keletihan yang hadir membuatkan minda terus menerus memikir bagaikan tiada tanda noktah. Serin...