Monday, December 17, 2012

Paralimpiyad berlabuhkan tirainya....

Tamatlah sudah Sukan Paralimpiyad 2013. Satu pengalaman yang tidak dapat kawan lupakan. Banyak perkara yang membuatkan kawan muhasabah sendiri diri ini. Insan yang serba kekurangan, insan yang ditarik keistimewaan pancaindera mampu untuk memberi saingan di dalam dunia sukan.

Bermula dengan Majlis Perasmian pada hari Ahad (hehehhehe kawan dok hadir sebab seruan negara di Stadium Bukit Jalil lebih penting) sehingga lah 14 hari bulan Majlis Penutupan Rasmi Sukan Paralimpiyad 2013.

Pelbagai acara sukan dipertandingan seperti olahraga, renang, angkat berat, lawn bowl, badminton, memanah, futsal, bowling, bola keranjang dan banyak lagi. Terdapat juga acara baru seperti ragbi kerusi roda dipertandingkan kali ini.

Pengalaman aku bermula di kolam renang, di mana aku terasa diri aku sangat kerdil dan 'loser', kenapa? Kerana insan yang cacat tangan dan kaki mampu berenang laju sedangkan kawan dok pandai berenang. Begitu juga di gelanggang olahraga, mereka menggunakan kudrat mereka yang ada untuk berlari sepantas mungkin.

Setiap hari kawan bermuhasabah diri kawan apabila merakamkan gambar-gambar atlet-atlet yang kurang upaya ini. Dan kawan kagum dengan semangat dan perjuangan mereka.

Mereka tidak seperti atlet yang sempurna di luar sana. Kejayaan mereka hanyalah sekadar untuk membuktikan mereka juga mampu untuk bersaing seperti atlet yang normal. Kejayaan mereka bukan lah wang ringgit atau habuan yang menanti. Mereka sepatutnya boleh dijadikan role model kepada atlet-atlet yang ada sekarang, bukan wang ringgit yang dikejar tetapi semangat bersukan demi negeri khasnya dan negara amnya.

Kepada semua atlet Paralimpiyad 2012 kali ini, kawan mengucapkan tahniah yang tidak terhingga dan syabas kepada yang berjaya dan tidak berjaya kerana walaupun anda tidak berjaya mendapatkan pingat, tetapi anda berjaya membuktikan insan istimewa yang kurang upaya mampu untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan insanyang normal disekeliling mereka. Syabas ...!!!! Tahniah......!!!!!! Oyeeeee













No comments:

Post a Comment

Kisah Keletihan

K adang-kadang terasa letih yang amat sangat. Keletihan yang hadir membuatkan minda terus menerus memikir bagaikan tiada tanda noktah. Serin...