Saturday, December 8, 2012

Ultras.......oh Ultras......

Orang di luar kadang-kadang tertanya-tanya Ultras tu apa? Moh kawan cerita, Ultras pada mulanya bertapak di Itali dan berasal dari perkataan Itali 'oltre' yang membawa maksud 'beyond' atau dalam Bahasa Melayunya di 'luar kotak' atau 'melebihi segala-galanya'. Menunjukkan di sini, Ultras tidak sama dengan penyokong biasa. Ultras mahukan satu kelainan dan perbezaan di dalam menyokong serta sanggup melakukan apa sahaja demi pasukan yang di sokong sehingga boleh meragut nyawa sendiri.

Seseorang Ultras tidak mempunyai nama dan pengenalan diri, hanya rakan terdekat yang mengenalinya. Seseorang Ultras akan sentiasa menutup mukanya di stadium dan sememangnya tidak mahu dikenali oleh sesiapa. Pakaian seseorang ultras melambangkan mereka tidak mengikut trend masa kini dan lebih selesa bersama 'hoodie' atau jaket hitam yang menutup imej mereka.

Ultras sanggup meredah hujan dan panas terik untuk datang lebih awal sebelum pasukan yang di sokong memulakan perlawanan. Dengan kata lain. Ultras lah golongan pertama akan tiba di stadium. Ultras sanggup meninggalkan keluarga, pekerjaan, pengajian dan kawan-kawan biasa demi panji yang mereka wakili. Ramai yang kehilangan kerja, bercerai, gagal dalam peperiksaan, menjadi miskin. Ribuan duit habis setiap tahun untuk membeli tiket, flare, membuat choreo dan sebagainya. Ini lah penyokong bola sepak yang sebenar.

Di dalam diri seseorang Ultras, terdapat emosi dan keghairahan menyokong yang tidak dapat di rungkai dengan kata. Hanya yang terlibat akan merasai kelainannya dan tidak akan difahami langsung oleh orang biasa. Ultras tidak mengajak orang lain untuk bersamanya tetapi ia timbul dalam niat dan hati masing-masing untuk bersama berjuang bersama Ultras.

Ultras juga cukup lali dengan kritikan dan cacian dari pelbagai pihak termasuk pihak media, ahli politik dan polis. Namun semangat Ultras tidak pernah sekali pun luntur untuk terus menyokong pasukan mereka hingga ke akhir hayat.

Bola sepak membuatkan Ultras ini cukup bersatu di bawah satu panji. Sanggup berkongsi makanan, sanggup berkongsi rokok dan langsung tidak pernah hirau tentang duit yang mereka keluarkan. Kerana semangat di antara mereka adalah lebih penting dari segala-galanya. Jika salah seorang di landa masalah. Semuanya akan turut bermasalah.

Ultras ini cukup terkenal dengan fanatik mereka yang terlampau gila di dalam bola sepak. Hanya yang betul-betul gila akan menyertai Ultras dan mereka sanggup membuat apa-apa perkara yang di luar jangkaan setiap kali menyokong pasukan mereka. Pyro, Choreo, Tifo, Corteo serta macam-macam lagi yang akan mereka lakukan untuk membentuk suasana sebenar menyokong dalam bola sepak.

Ada yang mengatakan Ultras adalah golongan yang jahat dan kejam. Namun semua itu adalah salah sama sekali. Ultras pada mata orang lain adalah tukang gaduh. Tetapi sebenarnya, Ultras lah yang menjadi benteng pertahanan utama dan mewakili semua penonton yang lain untuk mempertahankan panji mereka. Ultras akan bertindak jika mereka di serang. Dengan kata lain. Jika anda mencari pasal dengan Ultras. Itu satu silap yang besar. Ultras bukan bergaduh sesuka hati. Tetapi adalah demi sayang dan cinta mereka yang tidak berbelah bahagi kepada bola sepak.

Demi Malaysia ooooooo....Demi Malaysia ooooooo...... Demi Malaysia......

No comments:

Post a Comment

Kisah Keletihan

K adang-kadang terasa letih yang amat sangat. Keletihan yang hadir membuatkan minda terus menerus memikir bagaikan tiada tanda noktah. Serin...