Sunday, December 23, 2012

Prihatinkah kita sebagai manusia?

Hari ini aku shopping bersama isteri dan anak kesayanganku di East Cost Mall, Kuantan. Salah sebuah pasaraya yang terkemuka di Bandar Kuantan. Biasalah kalau hari-hari cuti ni parking sampai ke atas atap la jawabnya. Kawan tak ketinggalan roof top Zon 3 la WEK kawan berhenti.

Kisahnya bermula pabila kami melangkah untuk turun ke Level 3 dengan menggunakan travelator Yang tidak berfungsi mungkin kerana rosak. Seperti sebelum-sebelum ini juga berlakulah kejadian yang tidak diingini di mana seorang warga tua tergelincir jatuh akibat licin kerana tidak berfungsi. Saat itu kawan ok lagi kerana kelihatan warga tua itu kembali bangun sambil memeriksa kasutnya yang masih lai kelihatan baru.

Di dalam hati kecilku, "bukan kasut pakcik penyebabnya tapi travelator ni yang menjadi punca"' bisik hati kecilku.

Cerita itu tidak berakhir di situ setelah berbelanja mengikut kemampuan dan budget, kami kembali ke WEK untuk pulang dengan menggunakan lif di Zon 2. Si kecil Afi Darwisy terlentok di bahu ku keletihan. Kali ini kawan kembali menggunakan travelator tersebut untuk membayar parking di mesin Level 3. Sekali lagi kejadian yang tidak diingini berlaku, seorang wanita mengandung terduduk jatuh kerana licin akibat travelator yang tidak berfungsi. Kali ini hati kawan menjadi marah dan sakit hati. Kawan bergegas ke WEK untuk turun ke reception untuk membuat aduan.

Di kaunter aduan, kawan melaporkan kejadian tersebut. Tetapi sebelum itu kawan bertanya kepada petugas tersebut ada atau tidak pelanggan yang datang membuat aduan. Jawapan yang kawan terima adalah tidak ada seorang pun yang mengadu. Sekali lagi terdeik di hati kecil kawan, dimanakah rasa tanggungjawab dan keprihatinan masyarakat di kala ini.

Setelah menulis aduan, kawan memaklumkan kepada petugas tersebut supaya mengambil tindakan segera dan kawan memberi tahu bahawa kawan akan datang sekali lagi untuk memasikan travelator itu berfungsi.

Cuba kita bayangkan kalau yang jauh tersebut adalah isteri kita yang sarat mengandung. Cuba kita bayangkan yang jatuh itu adalah ayah atau ibu kita yang tulangnya telah reput. Dan suba kita bayangkan kalau yang jauh itu adalah anak atau adik kita yang masih kecil. Tukarlah mindset kita dan tanamkanlah perasaan tanggungjawab dan keprihatinan yang tinggi sesama kita.

Wahai ECM, ingat kawan akan datang untuk pastikan perkara ini tidak berlaku lagi...


No comments:

Post a Comment

Kisah Keletihan

K adang-kadang terasa letih yang amat sangat. Keletihan yang hadir membuatkan minda terus menerus memikir bagaikan tiada tanda noktah. Serin...