Thursday, January 8, 2015

#banjerosquad #kuantankucrew #teamwakafmasjid

Tahun lepas mereka dah ada dan berkumpul di pondok Taman Kerang, Kuantan Pahang dan di Rumah Sani Kumbing. Mereka berkumpul sebagai satu nama iaitu sukarelawan banjir. Kalau dahulu hanya lebih kurang 10 orang sahaja dan satu kelompok lagi lebih kurang 15 orang. Tapi untuk tahun ini mereka bergabung dengan hanya menggunakan tanda hastag sebagai pengenalan. Mereka yang aku sebut-sebutkan adalah #skuadbanjero #kuantankucrew #teamwakafmasjid. Objektif utama mereka hanya satu iaitu membantu mangsa-mangsa banjir, tidak kira dari segi bantuan makanan, keperluan, pemindahan, pembersihan dan sebagainya. 


Bagi tahun ini 2014 lokasi di Taman Kerang ini diberi nama Base HQ. Di sini mereka akan mengumpulkan barang-barang daripada orang awam. Tidak ketinggalan juga mereka telah mengamanahkan seorang pemegang amanah iaitu Apai untuk sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan kewangan. Pergerakkan bagi tahun ini lebih teratur dan bilangan sukarelawan bertambah. Anggaran sukarelawan yang hadir purata seramai 30 orang sehari. 

Base ini dibuka dari seawal pagi hinggalah kelarut malam dan kadang-kadang tidak tutup langsung. Oleh kerana banjir kali ini menglibatkan banyak daerah maka skuad yang terdiri daripada pelbagai latar belakang ini telah menubuhkan beberapa pusat kecil sebagai checkpoint untuk penghantaran barang. Di antaranya adalah Base Pekan yang terletak di Masjid Baru Pekan, Base Maran di Surau Taman Impian, Base Jerantut, Base Temerloh di RNR Temerloh dan juga Base Kemaman. 

Base-base kecil ini akan menghantar ke kawasan-kawasan yang kritikal dan pusat-pusat yang tidak didaftarkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Pergerakkan kali ini mendapat bantuan sepenuhnya daripada geng-geng 4X4, geng-geng lori dan tidak ketinggalan sponsor daripada sukarelawan dari utara tanahair iaitu Penang dengan menyumbangkan 2 biji bot untuk kegunaan di kawasan-kawasan yang ditengelami air. 



Boleh dikatakan setiap hari barang-barang untuk bantuan mangsa banjir akan dipenuhi di base HQ Kuantan. Ada yang datang sendiri menghantar, ada yang hanya bank in duit kepada pemegang amanah, ada yang telefon suruh ambik barang dan yang paling tidak kami sangka ada hamba Allah yang memberikan kad kredit beliau untuk kami guna membeli barangan-barangan keperluan yang masih tidak mencukupi. Tidak ketinggalan juga kenangan mengambil barang daripada base TUDM. Sememangnya kenangan banjir tahun 2014 ini tidak akan aku lupakan. 


Selain daripada menerima barangan keperluan daripada orang awam di base HQ Taman Kerang, pihak Masjid Negeri sendiri memberi pinjam dapur masjid untuk dijadikan tempat memasak memandangkan ada sumbangan bahan mentah daripada orang awam seperti ayam, beras, sayur-sayuran dan sebagainya. Oleh yang demikian diketuai oleh chef dan Kak Izan maka secara rasminya dapur Masjid Negeri dijadikan base untuk memasak dan bungkusan yang telah siap diikat akan dihantar ke kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti. 




Sepanjang kami bertungkus lumus untuk memberi bantuan kepada mangsa banjir, kami juga mendapat liputan daripada pihak media. Tetapi ada kelakarnya disebalik kehadiran pihak media di base HQ ni. Kehadiran seorang warga German yang fasih berbahasa Malaysia menghantar barangan untuk mangsa banjir telah diviralkan melalui Youtube dan  diambil oleh pihak Astro untuk disiarkan di dalam berita awani. Selepas kejadian itu ramai pihak media hadir ke base termasuk base Maran untuk membuat liputan. Terima kasih Astro, RTM dan NTV7. 

Pelbagai kenangan telah aku abadikan buat kali ini. Suka, duka, gelak ketawa, senda gurau, maki terkeji dan sebagainya tapi aku tidak pernah simpan di dalam hati. Pengalaman tidak tidur langsung kerana menunggu kontena barang sampai dan juga kontena yang kena rembat dek orang lain semua menjadi penulisan aku kali ini. Betul lah kata orang tua-tua, kalau kita buat baik dengan hati yang ikhlas Insya Allah perkara yang baik akan kita perolehi. Kenapa aku taip macam tu? Kerana setiap kali kami balik dari menghantar barangan atau keletihan mengangkat barang-barang terutama air mineral pastinya ada habuan yang menanti contohnya, burger dari Burgembira, Burito dari Burgerak, Barbican dari Ahmad Jenang, Roti dan Kek dari Aiza KFC, Domino Pizza dan sebagainya lagi. Tidak lupa juga tempe, sambal hitam nasi kerabu ish banyak lagi lah. Sebab itulah mereka semua ni kuat dan bersemangat apabila menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang sukarelawan. 

Lebih kurang 2 minggu aku dan sukarelawan lain berkampung di base masing-masing hinggalah pada hari Rabu  7 Jan 2015 secara rasminya base HQ di Taman Kerang telah ditutup. Base pertama yang telah ditutup adalah Kemaman, selepas itu Jengka, diikuti Jerantut, Temerloh selepas LPT sudah boleh dilalui dan Base HQ Kuantan. Kerana jalanraya telah boleh diakses oleh semua bantuan. Pada 9 hari bulan base Maran pula ditutup kerana tugasan telah selesai. Dan secara rasminya juga dapur juga telah ditutup pada hari ini. Yang tinggal sekarang hanya base Pekan yang terletak di Masjid Baru Pekan. 

Walaubagaimanapun sukarelawan ini masih lagi berhubung dan gerakkan diteruskan untuk Pasca Banjir. Story pasca banjir kena tunggu keluaran akan datang. Sesungguhnya gerak kerja kali ini adalah gerak kerja yang paling seronok walaupun dalam keletihan. Tidak bernaung di bawah mana-mana agensi, NGO dan parti, hanya berdiri di atas kaki sendiri tapi mereka mampu untuk bertindak setanding dengan orang lain. 

Terima kasih kepada semua sukarelawan tidak kira kamu berada. Untuk team Iji di Kuala Lumpur terima kasih banyak-banyak untuk #projectRP memang rare barang-barang dari KL. 


Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua penyumbang, kepada sponsor, kepada team-team 4X4, lori, bot dan sebagainya dan terutama thank you very very much kepada semua sukarelawan yang membantu secara langsung dan tidak langsung. Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang mampu membalas budi baik semua. Amin. 

4 comments:

  1. Saya suka entry ni, warga German tu fasih berbahasa Melayu dan bantuan yg disalurkan oleh nya dpt liputan meluas...wahhhhhhh sungguh hebat...kagum saya sebab saya tak dpt membantu seperti anda semua...hanya iringan doa semoga anda semua dipermudahkan urusan pengagihan bantuan ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih .. di harap tradisi ini akan berkekalan hingga ke akhirnya

      Delete
  2. the best team...
    semoga terus berbakti.
    kami tidak perluakan YB.
    kami perlukan mereka yang ikhlas :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup benar bagai dikata ... nanti nak ajak aok plak lepak sekali leh ajar2 apa2 masa2 free

      Delete

Gadis Bertudung Singkat

Setiap hari semasa waktu rehat tempat aku menjamu selera tidak lain dan tidak bukan di bawah pokok beringin yang sentiasa ditemani oleh...