Friday, January 2, 2015

Bro Nampak Motor Gua?

Seawal pagi aku bersiap untuk ke Program 3S@LPPKN bersama warga Bentong di Dewan Majlis Perbandaran Bentong. Seawal pagi itu juga aku dapat whatsapp daripada sang isteri.
"Abang.. Motor sayang tak de dah. Kuar umah jer yilex dah", whatsapp dari sang isteri. 
Cepat-cepat aku buat panggilan dan menanyakan kisah sebenar. Rupa-rupanya pagar rumah tidak berkunci patutlah senang sang pencuri masuk dalam dan rembat Ego Hitam kepunyaan isteri aku. Semasa sang isteri membuat laporan polis, pihak polis memberitahu bahawasanya pada hari tersebut ada 7 kecurian berlaku. Sememangnya sang pencuri betul-betul buat kerja diaorang. 

Kisah kecurian motor tidak habis lagi. Pada hari Jumaat pagi EX5 Merah kepunyaan adik ipar aku pulak yang hilang. Kami sekeluarga bermalam di Dhedaun Picture Studio di barisan Kamdar bahagian belakang mengadap MGS kerana rumah aku dinaiki air. Pada hari pertama tiada apa yang berlaku. Bukan motor adik aku sahaja yang parking kat situ, motor-motor lain pun ada juga. Jadi aku tidak ragu-ragu untuk parking di hadapan tangga studio aku. Pada hari pertama aku balik lewat lebih kurang jam 5.00 pagi. Tapi pada hari kedua bermalam di studio aku balik awal kerana aku terlalu letih dan ada kerja yang perlu aku lakukan. Jadinya lebih kurang jam 1.30 pagi aku balik ke studio. Seperti biasa aku kunci handle motor dan   dirantai rapi. 

Pagi Jumaat dengan semangat untuk membersih rumah adik ipar aku menanyakan soalan yang tidak sedap didengar.

"Bang! Letak motor kat mana?", persoalan daripada Dullah. 
"Tempat biasalah", jawab aku sedikit tahu apa kata-kata seterusnya dari adik ipar aku yang tinggal bersama aku sekeluarga sekarang. 
"Tak de dah motor", ujar Dullah.
"Allah Akhbar", mengucap panjang aku.

Apalah nasib aku, macam-macam dugaan yang menimpa. Sudahlah sekarang sedang dilanda musibah banjir ada juga pencuri bangsat yang buat kerja bangsat waktu-waktu ni. 


No comments:

Post a Comment

Gadis Bertudung Singkat

Setiap hari semasa waktu rehat tempat aku menjamu selera tidak lain dan tidak bukan di bawah pokok beringin yang sentiasa ditemani oleh...