Friday, January 2, 2015

Dugaan Banjir 2014

Bermula dengan negeri-negeri belah utara dibawa ke belah Pantai Timur banjir kali ini betul-betul menduga semua pihak terutamanya mangsa-mangsa banjir. Paling kritikal di Kelantan yang lumpuh sepenuhnya. Kini Pahang pula yang tidak lagi surut malah semakin meningkat paras air. Keadaan semakin hari semakin kritikal. Pelbagai cerita dan spekulasi diwar-warkan di laman-laman sosial digembar-gemburkan dengan pelbagai persoalan. 



Sesungguhnya penghujung 2014 ini pasti akan tersemat disetiap sanubari masyarakat Malaysia khasnya dan dunia amnya. Sehingga ke hari ini banjir di Temerloh dan Pekan masih belum surut. Manakala di Kelantan sudah beransur pulih tetapi keadaannya Masya Allah ibarat diserang oleh Thunami seperti mana yang berlaku di Acheh suatu masa dahulu. Rumah yang didirikan sebagai tempat berlindung hilang dek air banjir yang melanda. Harta benda yang mereka sayangi musnah sama sekali. Tidak ketinggalan juga tentang isu kematian yang direkod mahupun yang tidak kita ketahui. 



Sesungguhnya inilah dugaan yang perlu dihadapi. Berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul. Bayangkan saat mereka keluar daripada pusat pemindahan atau tempat-tempat yang mereka menyelamatkan diri mereka, pulang ke rumah. Rumah yang dibina dengan cantik hilang, yang tinggal hanyalah tangga batu. Kereta yang mereka beli hasil titik peluh mereka juga tidak kelihatan, rupa-rupanya terbalik dibawah gaung. 

Tabahlah wahai teman wahai saudara-saudaraku. Allah sentiasa akan menguji umatnya. 


No comments:

Post a Comment

Kisah Keletihan

K adang-kadang terasa letih yang amat sangat. Keletihan yang hadir membuatkan minda terus menerus memikir bagaikan tiada tanda noktah. Serin...